Penyanyi muda, Ismail Izzani mengakui dia menerima pelbagai reaksi terhadap penampilan rambut barunya yang dibuat kerinting, seiring dengan usia remaja.
Malah, reaksi tersebut turut diterimanya menerusi komen-komen yang ditinggalkan menerusi laman sosial.
Jelas penyanyi yang mesra disapa Mail ini, dia seorang yang gemar bereksperimen, termasuk mengenai soal imej serta penampilan.
“Ini (gaya rambut) sekadar mencuba. Sebab saya ni seorang yang gemar mencuba. Jadi kali ini nak ubah pula kepada rambut keringting. Walau pun nampak macam Maggie Blackpepper tapi tak mengapalah.
Ads
“Tak tahu nak cakap tapi saya selesa. Saya tak suka nampak ia ‘kemas’ saya suka nampak ‘messy’. Jadi inilah pilihan saya,” katanya jujur kepada MH.
Pelakon dan penyampai radio, Shahirah Shahirah ada berkongsi gelagat lucu ketika menemani salah seorang anaknya ke majlis festival sekolah.
Ketika melalui gerai-gerai sekitar yang tersedia, Shiera sempat merakam aksi spontan anaknya yang membeli kad serta penutup muka yang memaparkan wajah bintang k-pop untuk dibuat koleksi.
Bagaimanapun apa yang lucunya, Shiera turut menyatakan bapa mereka juga kacak dan dulu dia akui turut tampal foto si bapa.
“Bapak kau dulu pun handsome tau, mak pun tampal, tak payah beli percuma je. Dia nak beli BTS juga.
“Nak buat apa beli banyak-banyak? Gambar tu nanti aku pijak karang. Sudahnya dia buang tepi-tepi, atas lantai juga penyudahnya,” kata Shiera di dalam video tersebut.
Sementara di ruangkan kapsyen pula, kakak kepada Sharifah Sakinah ini turut mengakui pernah tampal poster suami yang diambil menerusi surat khabar saja.
“Bila gi festival sekolah…ni anak aku cari… Ehhhhh bapak ko dulu mak ko tampal poster bapak ko …tak beli…keratlaaa kat surat kabar. Ohh lupaaa org dah tak beli surat kabar,” tulisnya.
Langsing, tinggi lampai dan jelita. Itu yang boleh digambarkan apabila sebut sahaja nama pelakon, Mimi Lana.
Bagaimanapun, ada segelintir netizen mempersoalkan perubahan fizikal yang dialami pelakon Bukan Cinta Aku kerana dianggap kian kurus sejak akhir-akhir ini.
Malah menerusi IG TV Media Hiburan saat temu bual bersamannya dirakamkan, ada peminat yang turut bertanya soalan sama.
Sementara itu, ramai yang telah meninggalkan komen yang pelbagai terhadap perkongsian bekas peserta pencarian Dewi Remaja 2014/15 itu.
Difahamkan, filem Pusaka arahan Razaisyam Rashid membariskan pelakon seperti Mimi Lana, kekasihnya Syafiq Kyle, Hafidz Roshdi, Faizal Hussein dan ramai lagi.