
Pelakon, Fatin Afeefa telah menjadi perhatian peminat selepas memuat naik satu rakaman video dirinya yang mengenakan hijab.
Memakai tudung dalam rona pastel sambil melakukan parodi pendek, penampilan pelakon siri The Gadis ini cukup memukau pandangan.

“Alhamdulillah selamat berbuka!,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Lantas perkongsian ibu kepada dua orang cahaya mata itu telah menerima komen peminat.
Melihat di ruangan komen, rata-rata daripada mereka memberikan pujian terhadap penampilannya itu.
“cantiknya baby pakai tudung,” puji peminat di ruangan komen.
“Aduhh kak long asal comel sgt eaa?,” tanya seorang wargamaya.
“Alhamdulillah selamat berbuka puasa , nmpk lain bila bertudung,” puji lagi seorang peminat .
Sekadar informasi, Fatin atau nama lengkapnya Fatin Nur Afifah Shamsudin telah mula melibatkan diri dalam dunia lakonan seawal umur 8 tahun.
Fatin semakin dikenali ramai selepas membintangi filem Tentang Bulan arahan Ahmad Idham sekitar tahun 2006.

Sehingga kini, posting berkenaan sudah pun menerima lebih 175,000 tontonan.
Foto: Instagram Fatin Afeefa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

Penyanyi dan penulis lagu, Faizal Tahir mengumumkan dirinya akan berehat seketika daripada dunia nyanyian bagi meluangkan lebih banyak masa buat keluarga dan juga dirinya sendiri.
Lantaran itu, Faizal turut dilihat menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokongnya dari dulu hingga sekarang.
Katanya lagi, sejak daripada tahun 2015, di telah berkarya tanpa henti sehingga berjaya menghasilkan empat buah album.
I’ll be back. Insha’Allah. pic.twitter.com/3eQbFH5Bgf
— Faizal Tahir (@faizal_tahir) April 19, 2021
“Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa ada sepanjang perjalanan saya bergelar anak seni.
“Sama ada anda telah bersama saya sejak hari pertama atau baru semalam, terima kasih saya ucapkan daripada lubuk hati yang terdalam.
“Ia seperti tiada rehat bagi saya semenjak saya lancarkan ‘Assalamualaikum’ pada tahun 2015, Anatomi, Rojak, Qibla dan kesemua projek saya yang lain,” tulisnya.
Pengumuman tersebut dibuat oleh penyanyi lagu Empat Dara itu menerusi akaun Twitter miliknya.
Bagaimanapun, Faizal menjelaskan, dia tidak akan hilang daripada radar sebaliknya akan terus berkarya dalam penulisan lagu buat para selebriti yang lain.
“Alhamdulillah, tapi saya benar-benar seperti telah kehabisan tenaga. ‘Burn out’ memang betul boleh terjadi.
“‘Qibla’ akan menjadi hadiah terakhir saya buat anda semua dan saya akan berehat panjang selepas raya. Benda yang sangat saya perlukan untuk meluangkan masa bersama keluarga dan diri saya sendiri.
“Saya masih ada di sini. Saya masih lagi akan menulis dan menerbit lagu. Cuma bukan untuk diri saya. Saya akan kembali,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka selain turut mendoakan semoga semuanya akan baik-baik sahaja buat Faizal.
Terdahulu, Faizal baru sahaja melancarkan semula lagu Aku Tanpa Cintamu 2021 hasil kolaborasi bersama kumpulan nasyid yang pernah dianggotainya satu ketika dahulu iaitu, Mirwana.
Selepas seminggu ia dilancarkan, lagu tersebut telah meraih hampir 700,000 jumlah tontonan di laman Youtube.
Sumber: Twitter Faizal Tahir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Baru-baru ini, sebuah akhbar tempatan ada melaporkan mengenai drama popular, Nur 1 dan Nur 2 hanya sempatkan ditayangkan satu episod sahaja di Indonesia gara-gara jumlah rating yang dikatakan sangat rendah.
Menurut pengarahnya, Shahrulezad Mohameddin atau lebih mesra di sapa Budak Ijat, dia sendiri tidak terkejut dengan berita tersebut kerana menyifatkan selera penonton dikedua-dua negara ini adalah berbeza.
Katanya lagi, dia sendiri tidak menjangkakan Nur akan dibawa ke negara luar kerana pada awalnya drama ini hanya memberikan fokus terhadap penonton di Malaysia sahaja.
A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)
“1 eps jer uols. Manakala dah beli syndicated drama Nur dua season tapi burn macam tu jer. Suka hati korang la. Duit korang kannn.
“Apa apa pun abam nak berhusnozon sempena puasa ni. Selera mereka tak sama dengan selera kita. Acik acik bawang sana suka treatmen sinetron zoom in zoom out dengan character development dan music score sejenis overwhelming.
“Manakala selera penonton Malaysia pulak abam faham yang macam mana. Dan drama Nur diterbitkan untuk penonton Malaysia pada awalnya bukan untuk penonton sana. So ‘logik’ jer kalau drama Nur tak pergi kat sana,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Ijat menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, Ijat tetap dilihat meluahkan rasa bangga kerana kebanyakkan mesej-mesej yang diterapkan didalam drama Nur telah menjadi inspirasi buat karya-karya di Indonesia.
“Yang penting bagi abam mesej dakwah dalam Nur tu mengalir ker drama mereka walaupun payah derang nak mengaku kehebatan drama dari Malaysia walaupun terpaksa ‘membunuh’ drama dari kita dengan alasan rating.
“Its okie. Yang penting mesej being delivered,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, pelakon, Azhan Rani yang juga memainkan peranan penting di dalam drama Nur turut ada memberikan reaksinya berhubung perkara tersebut.
Jelas Azhan, realiti seperti ini sedikit sebanyak menyedarkan dirinya untuk tidak terus hanyut dengan kata-kata pujian yang telah diraihnya selama ini.
A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)
“Disebalik puji-pujian apa salahnya kita beri perhatian pada hal-hal yang menjadi kenyataan. Jujurnya sebagai salah seorang yang terlibat dalam naskah ini aku positif dengan hakikat ni.
“Sekurang-kurangnyanya dapat mengekang rasa puas hati dalam diri. Riak walaupun sesaat itulah perkara yang paling aku takuti disebalik puji-puji. In shaallah kita bikin lagi baik dalam naskah lain nanti @budakijat & @radiusone_official .
“Macam @budakijat cakap karya #nur dan #nur2 memang dibikin untuk hidangan penonton malaysia. Dah tentu selera penonton kita berbeza dengan negara sana tapi tak bermakna kita perlu rasa down dan tak mau untuk tingkatkan usaha.
“In shaallah kita mampu. apapun sebaik-baik puji bukanlah untuk kita tapi buat Allah yang Maha Esa. Yang terbaik kita berbalik pada nawaitu dan amanah kita dalam karya ini,” jelasnya.
Sumber: Instagram Budak Ijat & Azhan Rani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Pelakon Redza Rosli terbuka untuk digandingkan bersama mana-mana pelakon baik yang telah lama atau yang masih baru.
Baginya, dia lebih senang untuk mencuba perkara baru selain mahu keluar dari zon selesa.
Redza, 29, menambah setiap pelakon baru perlu berdepan dengan proses untuk matangkan diri dalam lakonan, sebagaimana situasi yang dihadapinya sebelum ini.
“Kadang-kadang saya tidak boleh juga berada di dalam zon selesa apabila digandingkan dengan pelakon sudah ‘established’.
“Kalau sebelum ini saya memang banyak kerjasama dengan pelakon lama, jadi mengapa tidak untuk cuba berlakon dengan mereka yang baru jadi pelakon berbanding saya.
“Mungkin daripada situ, penonton mahu melihat kelainan. Saya okay cuma saya faham bila bergandingan dengan pelakon baru. Saya pun bermula dengan ‘kosong’. Itu ialah proses pembelajaran,” katanya kepada MH.
Mendukung watak sebagai Mustaqim menerusi drama Tak Sempurna Mencintaimu yang kini bersiaran menerusi slot Akasia di TV3, Redza pada masa sama turut mengharapkan agar mereka yang masih lagi ‘hijau’ dalam industri supaya rajin belajar dan usaha.
“Jujurnya, pelakon baru yang terlibat di dalam produksi Tak Sempurna Mencintaimu ini tahu kerja masing-masing.
“Mereka rajin dan mahu belajar dan itulah yang sebaiknya. Teguran pun bukanlah kita nak pentingkan diri tetapi ia lebih kepada kongsikan ilmu.
“Saya tidaklah terlalu lama dalam industri, tapi pengalaman yang ada itu tak salah untuk berkongsi.
“Untuk hidupkan satu babak mungkin agak sukar bila digandingan dengan pelakon baru. Macam saya, malam sebelum shooting saya sudah sedia dengan babak apa yang perlu dilakukan dan sebagainya. Jadi bila set, saya hanya tanya babak apa sebab saya susah hafal.
“Jadi buat pelakon baru bagi saya mereka perlu lebih fokus kepada ‘homework’. Bagi saya semua orang boleh berlakon atau lontarkan dialog, tapi bukan semua yang boleh ‘rasa jiwa’ itu,” katanya lagi.
Foto: Instagram Redza Rosli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

