Tidak dinafikan, Datuk Aliff Syukri dan Nur Sajat memang terkenal dengan ala-ala ‘diva’ mereka.

Kemewahan dan cara hidup mereka yang sering dikongsikan di internet lagi menampakan mereka seperti berada di satu level yang berasingan.

Lihat pula gelagat mereka sepanjang bersama lagi lah menjadi-jadi aksi mereka.

Namun tahukah korang sebenarnya mereka berdua tidaklah seperti apa yang disangkakan.

‘Nampak Diva, Tetapi Sebenar Mereka Humble’ – Yusry Puji Datuk Aliff Syukri & Nur Sajat

IKLAN

Pengalaman ini dikongsikan sendiri oleh pengarah muzik video Abang Nak Tegur, Yusry Abdul Halim.

Menurut kata Yusry, dia sendiri terkejut melihat perbezaan dua personaliti ini kerana sangat mudah memberi kerjasama dan tidak terlalu banyak masalah.

IKLAN

Walaupun terpaksa tinggal di sebuah hotel yang bukan bertaraf 5 bintang tetapi Aliff dan Sajat tidak membantah sebaliknya hanya mengikuti perancangan yang telah ditetapkan.

“Saya ada tanya pihak Datuk Aliff dan sebagainya, youall ni sanggup ke tidak pergi Spain duduk di hotel 2 bintang dan sebagainya untuk shoot video klip?

 

“Mereka tiada masalah, janji semua yang dijanjikan jadi. Di Internet nampak sahaja mereka seperti diva, tetapi diorang sangat humble.

 

“Sangat senang berkerjasama dengan mereka, apa yang perlu dibuat mereka patuh. Bagi saya dalam perjalanan di Spain semuanya berjalan dengan lancar,” jelasnya ketika di sidang media Abang Nak Tegur.

Mengulas semula tentang kes rompakan yang dilalui oleh Aliff, Yusry memberitahu dirinya rasa bertanggungjawab dengan apa yang sudah berlaku walaupun bukan salahnya.

IKLAN

“Tentang kes kecurian, berat hati untuk saya katakan saya rasa bertanggungjawab kerana masa latihan ia di bawah penyeliaan saya.

 

“Tetapi mereka berdua menyedapkan hati saya dan berkata ia sudah ditakdirkan.” terangnya dengan jelas.

Dalam masa yang sama, Lisa Surihani selaku pembantu pengarah dan isteri kepada Yusri turut menjelaskan pengalamannya bersama Aliff dan Sajat sangat positif dan amat mengagumi karakter mereka yang bersemangat.

‘Nampak Diva, Tetapi Sebenar Mereka Humble’ – Yusry Puji Datuk Aliff Syukri & Nur Sajat

Malah memberi penghormatan buat kedua-dua diva ini kerana sepanjang menjaga mereka, Aliff dan Sajat langsung tidak memberinya masalah dan sentiasa mengikuti arahan dan perancangan yang tersedia.

Wah, nampaknya Yusry dan Lisa memang benar-benar gembira bila berkerjasama dengan dua jutawan untuk video klip Abang Nak Tegur ya. MH tak sabar nak tunggu bila video klip official lagu ini akan dikeluarkan!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI