Kalau kita lihat dalam industri hiburan tanah air sekarang, memang ramai pendatang baru menggunakan nama Wani ini.

Kita ada Wany Hasrita, Wani Kayrie dan juga Wani. MH lihat ketiga-tiga artis baru ini masing-masing mempunyai kehebatan dan kelebihan masing-masing.

Dalam kesempatan bertemu dengan Wani di Majlis Pelancaran Lagu ‘Girang Syawal Tiba’ di Mydin Subang Jaya, semalam, MH sempat mendapatkan komen penyanyi, Wani, 23 tahun mengenai perkara tersebut.

IKLAN

Nama Sama dengan Penyanyi Lain, Wani Tak Kisah!

“Ya, betul. Tidak dinafikan memang ramai juga yang sama nama. Malah, kadang-kadang bila Wani di luar pun orang akan panggil nama lain.

“Namun, pada Wani sendiri tiada masalah dengan perkara ini dan sebenarnya suka dengan keadaan ini sebab kita dengan yang lain pun rapat. Ini risiko yang perlu Wani ambil bila dan nama sama ini.

“Lagipun pada Wani, perkara ini bukan baru sebab dahulu pun masa zaman Datuk Seri Siti Nurhaliza pun banyak juga nama sama macam Siti Sarah dan Siti Nordiana kan.

“Selain itu, tone suara kami bertiga ni berbeza jadi pada Wani sendiri kenalah tonjolkan kelainan yang dibawa,” katanya kepada Media Hiburan.

Nama Sama dengan Penyanyi Lain, Wani Tak Kisah!

IKLAN

Sementara itu, Wani juga mengatakan bahawa dia tidak pernah terfikir untuk menukar namanya supaya dapat seiring dengan selebriti lain.

IKLAN

“Dari awal lagi, Wani memang dah dikenali orang dengan nama ‘Wani’ jadi kalau nak tambah nama tu takut orang tak kenal.

“Macam manapun, kita cuba dahulu kekalkan nama Wani, tapi alhamdulillah sebab ada juga peminat yang memang kenal Wani,” katanya lagi.

Nama Sama dengan Penyanyi Lain, Wani Tak Kisah!

Awal tahun lalu, Wani muncul dengan ‘single’ terbaru bertajuk ‘Aku Selalu Setia. Dia juga kini diangkat menjadi duta Mydin bersama Ernie Zakri, Sissy Iman, Tajul, Haqiem Rusli dan Zoey Rahman mempromosikan lagu ‘Girang Syawal Tiba’.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI