Ads

Nam Joo Hyuk dan Lee Sung Kyung, #SwagCouple Putus Cinta

Buat penggemar drama Korea, ada perkhabaran yang tidak menyenangkan. Pasangan SwagCouple yang terkenal menerusi drama The Weightlifting Fairy Kim Bok Joo kini sudah berakhir.

Nam Joo Hyuk dan Lee Sung Kyung kini telah memilih untuk memutuskan percintaan mereka setelah beberapa bulan berkasih sayang. Mereka telah menjalinkan hubungan cinta sejak 23 April lalu.

Nam Joo Hyuk dan Lee Sung Kyung, #SwagCouple Putus Cinta

Nam Joo Hyuk dan Lee Sung Kyung, #SwagCouple Putus Cinta

Ads

Pihak YG Entertainment telah mengesahkan hal ini seperti menurut portal di Koreaboo.com. Walau begitu,YG enggan menjelaskan penyebab berakhirnya kisah cinta mereka kerana menganggap hal tersebut sebagai masalah pribadi mereka.

“Memang benar, pasangan itu telah mengambil keputusan untuk berpisah disebabkan kekangan masa dan juga jadual kerja yang padat dan berberapa hal peribadi yang lain.

 

“Namun mereka berdua masih lagi mengekalkan hubungan sebagai sahabat dengan baik. Bagaimanapun kami tidak ada hak untuk berkongsi dengan lebih lanjut mengenai perkara berkenaan kerana itu adalah kehidupan peribadi mereka,” ujar YG Entertainment lagi.

Mereka telah menjalin hubungan cinta setelah selesai pengambaraan drama hangat Weightlifting Fairy Kim Bok Joo yang berlakon sebagai pasangan kekasih.

Ads

Nam Joo Hyuk dan Lee Sung Kyung, #SwagCouple Putus Cinta

Namun, pasangan ini putus dikhabarkan disebabkan drama terbaru Nam Joo Hyuk, Bride of The Water God yang sering melakukan adegan ciuman dengan pelakon cantik, Shin Se Kyung.

Ads

Terdahulu, rumor mereka bercinta akhirnya tersebar pada bulan April 2017 lalu setelah seorang sumber bercerita kepada media.

Nam Joo Hyuk dan Lee Sung Kyung diketahui sudah beberapa kali berlakon drama yang sama, Selain Weightlifting Fairy Kim Bok Joo, pasangan ini juga pernah bekerjasama menerusi drama berjudul Cheese in the Trap tetapi bukan sebagai pasangan kekasih pada tahun lalu.

Nam Joo Hyuk dan Lee Sung Kyung, #SwagCouple Putus Cinta

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Terus Terbang Tinggi, Kami Merayakan Kemenanganmu,” – Dedikasi Buat Misha Omar...

Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.
error: Hello. Cannot.