Uncategorized

“Nak Ubah Hal Berkaitan Sufian Suhaimi Ke?” – Ini Respon Netizen Bila Elfira Loy Tanya Fasal ‘Ubah’ Sesuatu

Share

Pelakon, Elfira Loy ada memuat naik entri baru di Instagram, berkisarkan tentang mahu ubah sesuatu sekiranya dapat kembali ke masa lampau.

“Jika anda boleh toleh kebelakang dan ubah sesuatu, adakah anda akan pilih dan ubah atau biarkan saja?” soalnya.

Pada MH mungkin pertanyaan Elfira itu hanyalah bersifat general namun berbeza pula ada pula netizen yang berpendapat berbeza.

“Nak ubah hal berkaitan Sufian Suhaimi ke?” soal individu tersebut.

Bagaimanapun, menerusi pemerhatian MH, ramai netizen lain memberikan respon positif serta memberikan kata-kata semangat buat Elfira.

 

Februari lalu, pertunangan antara Elfira Loy dan Sufian Suhaimi putus atas persetujuan keluarga masing-masing.

Namun begitu, pelbagai spekulasi muncul mengenai perpisahan tersebut hinggakan terdapat masuk campur daripada keluarga Elfira bagi menjelaskan perkara yang berlaku.

Apa-apapun, semuanya sudah selesai dan kedua-dua Elfira serta Sufian juga kini sudah membuat haluan masing-masing.

Foto: Instagram Elfira Loy

IKLAN