Isu tambah nilai Touch n Go memang menjadi topik hangat dikalangan pengguna jalan raya.

Rupa-rupanya isu pembayaran elektronik ini juga mendapat perhatian di kalangan selebriti!

Baru-baru ini di Facebook, pengacara tanah air Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI turut meluahkan rasa ketidak puasan hatinya mengenai perkara ini.

Faizal kelihatan geram apabila pengguna terpaksa ke stesen minyak serta mencari altenatif lain untuk reload kad Touch n Go hanya kerana kaunter tambah nilai di plaza tol tutup.

IKLAN

Lebih geram, lorong tambah nilai tersebut hanya dibuka pada waktu tertentu.

Malah, Faizal turut bersuara sekirannya pihak tol belum bersedia untuk beroperasi sepenuhnya jangan lakukan, jika tidak pastikan sistem tambah nilai beroperasi sepenuhnya.

IKLAN

“Laksanakan bayaran tol 100% elektronik. Tapi bila nak tambah nilai asyik TUTUP. Buka ikut waktu tertentu. Pengguna pulak perlu pastikan tak masuk hiway masa kaunter tambah nilai tutup. Alasannya kat luar pun ada ejen2 top up. Jadi pengguna juga kena cari stesen minyak, kedai2 24 jam. Yg selalu jugak tiba2 OFFLINE.. haha
Kalau tak bersedia JANGAN buat.

“Bila nak buat, kena pastikan 24 jam beroperasi tambah nilai. TIADA alasan. Tenaga kerja dah kurang. Tak pun gantikan dgn kiosk mcm kat Jejantas Sg Buloh. Habis cerita. Ini tak.. dah la bukan 24 jam.. bila bukak lorong.. satu je yg bukak. Nak tambah nilai kena TAMBAH lagi masa. Sekian. Sila like komen dan share biar diorg tau bukan saya sorg je,” tulisnya di ruangan status.

Bagaimanapun luahan FBI ini mendapat pelbagai reaksi pengikutnya dan rata-rata memberi pandangan masing-masing. Menurut Faizal, walaupun isu ini sudah beberapa hari dibangkitkan rata-rata bersetuju dengan pandangannya dan menunjukan memang ramai yang masih tidak berpuas hati dengan sistem seperti ini.

“Nak Tambah Nilai Asyik Tutup” Faizal Ismail Luah Rasa Geram!

IKLAN

MH cukup faham dengan apa yang ingin di sampaikan oleh Faizal. Memang benar, kadang-kadang bila waktu kita nak tambah nilai kaunter tutup memang boleh mendatangkan kemarahan atau rasa geram. MH percaya ramai juga pihak yang rasakan perasaan yang sama seperti ini.

Mungkin dengan luahan ini pihak berkenaan dapat pertimbangkan atau perbaiki segala kelemahan.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI