
Penyanyi Misha Omar mendedahkan dirinya berasa amat berdebar ketika anak sulungnya, Adam menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.
Misha turut menyifatkan rasa gementarnya itu lebih hebat jika ingin dibandingkan dengan perasaannya sewaktu ingin membuat persembahan.
Momen lucu itu telah dikongsikan oleh Misha menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
“UPSR 2018,ibu punya panic attack, kena mild fever, migraine 3 hari berturut-turut, gastric takleh makan & muntah-muntah, badan bloated for no reason.
“Ehhhh lu stress pehal Kak Mitch???? Adam leksss jerrrr!!!! Anak oh anak. Ibu nak perform pun tak stress mcmni.
“Bersedialah ibu,kalau umur panjang, Adam pt3 bila ibu umur 39thn and SPM masa umur ibu 41thn…masa tu drip air kolah masjid gamaknya kat badan demi nakkan ketenangan ,” tilisnya
Di ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan itu adalah lumrah yang harus dilalui oleh para ibu setiap kali anak mereka menduduki peperiksaan besar.
Dalam pada itu, mereka turut mendoakan supaya Adam mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan tersebut.
Bagi MH, setiap ibu pasti akan mengharungi detik-detik seperti ini kerana mereka sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka termasuklah Misha Omar.
Foto: Instagram Misha Omar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI