Bukan mudah nak jadi selebriti ni, kalau nasib baik memang popular lah kau tapi nasib tak baik, kena tipu lah jawabnya.

Itulah nasib yang menimpa pelakon, Pauline Tan, 27 tahun satu ketika dahulu ketika mula-mula memasuki industri.

“Masa itu, saya masih belajar lagi di Taiwan, saya diminta untuk bayar sebanyak RM300 kepada ejen, kononnya untuk buat profil.

“Sebagai ‘student’, nilai itu besar. Tapi, lepas itu saya fikir lebih baik fokus satu-satu bidang dahulu,” katanya.

Kasihan MH dengar cerita Pauline, tapi sebenarnya…dah banyak scam seperti ini berlaku terutamanya di negara-negara seperti Taiwan dan Korea di mana ramai anak muda bercita-cita nak jadi selebriti tapi akhirnya kena tipu.

IKLAN

Dalam pada itu, permulaan 2018 Pauline agak bersinar apabila dipilih menjadi Duta Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL2018).

 ‘Nak Jadi Selebriti Kena Bayar Duit’ Pauline Tan Kongsi Pengalaman Hampir Ditipu Ejen Tidak Bertanggungjawab!

IKLAN

Tambahnya lagi, dia ingin mencuba nasib, berlakon di dalam drama melayu…barulah 1Malaysia kan?

“Saya memang berminat nak cuba berlakon dalam drama melayu dan tawaran jadi duta ini adalah peluang yang baik untuk saya.

“Selain itu, saya juga baru habis ‘shooting’ satu telemovie yang memerlukan saya berbahasa melayu dan mandarin.

“Satu pengalaman yang menyeronokkan di samping dapat lihat belajar budaya masyarakat melayu. Kru produksi dan pelakon lain pun menerima kehadiran saya. Seronoklah!,” katanya lagi.

Sementara itu, Pauline juga turut dipuji rakan media kerana berbahasa Melayu dengan fasih.

IKLAN

 ‘Nak Jadi Selebriti Kena Bayar Duit’ Pauline Tan Kongsi Pengalaman Hampir Ditipu Ejen Tidak Bertanggungjawab!

“Dulu, saya lagi fasih cakap melayu, tapi bila pergi belajar luar negara selama 7 tahun di Taiwan dan Korea, balik Malaysia sudah lupa.

“Tapi sekarang saya nak asah balik cakap melayu saya,” katanya.

Sewaktu MH interview Pauline , dia menggunakan bahasa melayu sepenuhnya. Kelihatan sangat komited untuk memperbaiki bahasanya. All the best Pauline!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI