Gara-gara terlebih bergurau seorang netizen disembur oleh pelakon Datin Diana Danielle.

Semua ini terjadi gara-gara Diana berkongsi sekeping gambar di Instagram dengan kapsyen tentang seorang nenek memang akan melindungi cucunya sepenuhnya sehingga langsung tidak boleh disentuh.

Dalam ruangan kapsyen yang sama, Diana sempat berterima kasih kepada ibu dan ibu mertuanya kerana membentuk dirinya bersama suami Datuk Farid Kamil menjadi seorang ibu dan bapa yang terbaik untuk anak-anak mereka.

IKLAN

Perkongsiannya ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan salah seorangnya telah bergurau dan berkata dia ingatkan Farid dan dirinya kena perkara yang sama seperti gambar yang dikongsikan Diana.

Nak Bergurau Tak Kena Tempat, Individu Ini Disembur Diana Danielle

IKLAN

Mungkin gurauan ini terlalu kasar dan tidak kena dengan tempatnya Diana balas dengan cukup tegas dan memberitahu kenyataan netizen ini sebagai satu kebodohan yang melampau.

Nak Bergurau Tak Kena Tempat, Individu Ini Disembur Diana Danielle

IKLAN

Hah, itulah. Kadang-kadang bab ibu ni jangan main-main. Perkara ini sangat sensitif. Ada orang boleh dibawa berbincang dan ada yang langsung tidak.

Jadi sebelum keluarkan apa-apa kenyataan lain kali fikir terlebih dahulu. Lagipula bukannya kita tidak tahu apa yang sedang di lalui Diana, jadi cubalah belajar untuk kawal jari jemari sebelum menyakiti orang lain.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI