
Penyanyi popular, Najwa Latif, telah selamat melahirkan cahaya mata pertama pada 11 November 2025. Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh suaminya, Akwa Arifin dalam satu hantaran di Instagram.
Menjadikan kelahiran itu lebih manis, mereka menzahirkan rasa syukur apabila dikurniakan cahaya mata pertama pada tarikh penuh bermakna yang merupakan ulang tahun ketiga perkahwinan mereka.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 11 November 2022 dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung sederhana namun penuh bermakna, dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat.
Dalam perkongsian di Instagram itu, Akwa meluahkan rasa syukur dan kegembiraan atas kelahiran zuriat pertama mereka yang disifatkan sebagai hadiah paling istimewa sempena ulang tahun perkahwinan.
“Alhamdulillah, Najwa dan saya sangat bersyukur dan gembira untuk berkongsi bahawa kami telah dikurniakan cahaya mata pada 11.11.2025, tarikh yang lebih bermakna kerana ia juga menandakan ulang tahun perkahwinan kami yang ketiga.
“Doakan yang baik-baik untuk kami, dan semoga segala doa indah anda untuk kami dikembalikan kepada anda juga dengan ganjaran yang lebih besar, insya-Allah,” tulisnya.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi positif daripada peminat dan rakan-rakan selebriti yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah serta doa agar Najwa dan bayi mereka berada dalam keadaan sihat.
Imbas kembali, Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa binti Abdul Latif pernah mengalami keguguran kandungan pertama pada Disember 2024. Ketika itu usia kandungannya baru mencecah usia lima minggu.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




