Demi menyaksikan konsert The Next Wave oleh Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, aktres Fasha Sandha sanggup menaiki bas dari Johor Bahru ke Singapura bersama suami, Aidil Aziz, dan ahli keluarga.

Menurut Fasha, pengalaman itu bukan sekadar pengangkutan, tetapi satu kenangan yang akan dikenang seumur hidup.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

“Kisah perjalanan kami dari Johor Bahru menaiki bas ke Singapore. Syukur alhamdulillah. Satu pengalaman indah.

“Selepas itu, sampai hotel make up sendiri laju-laju. Lapan minit sahaja. Selepas itu terus ke konsert The Next Wave,” katanya menerusi Instagram.

Fasha turut terharu apabila TokTi secara spontan menyampaikan lagu Hari Lahir buat suaminya semasa konsert berlangsung.

Naik Bas Awam Layan Konsert Tokti, Ramai Puji Sikap Rendah Diri Fasha Sandha – “Artis Yang Merendah Diri, Ramah.”

Ads

“Terkejut dan rasa nak menangis. Tokti beri kejutan di atas pentas dengan seluruh dewan. Love Tokti and Love Singapore.

“Terima kasih atas doa-doa semua orang untuk suami saya pada hari lahirnya,” katanya lagi.

Netizen Puji Sikap Rendah Diri

Fasha tidak ketinggalan memuji persembahan TokTi yang menurutnya luar biasa dan penuh magis.

Ads

Naik Bas Awam Layan Konsert Tokti, Ramai Puji Sikap Rendah Diri Fasha Sandha – “Artis Yang Merendah Diri, Ramah.”

“MasyaAllah TokTi, semua terpegun dengan awak. Cantik betul! Sepanjang konsert suara lunak merdu. Persembahan yang sarat majis.

“Terima kasih TokTi. Kami akan terus menyokong dulu, kini dan selamanya,” jelasnya lagi.

Ads

Sikap sederhana dan tidak kekok menaiki bas awam itu mendapat pujian ramai netizen yang menyifatkan Fasha sebagai contoh artis yang merendah diri dan sempoi.

“Wah naik baslah. Yang seronoknya bas tak ramai orang. Awak sangat merendah diri.”
“Artis yang sangat merendah diri dan ramah. Mana ada artis popular macam kalian yang akan naik kenderaan awam.”

“Fasha sejenis yang bekerja keras dan tak pura-pura semata-mata nak terkenal.”
“Contoh artis yang bagus. Tetap sokong walaupun jauh.”

Setakat ini, video yang memaparkan perjalanan Fasha sekeluarga menyaksikan konsert TokTi telah meraih lebih 300,000 tontonan di Instagram.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads