Tidak bernasib baik, penyanyi Nai Dinamik diumumkan sebagai peserta pertama yang tersingkir pada minggu ketiga menerusi program realiti popular, Gegar Vaganza 11 (GV11), malam tadi.
Nai Dinamik yang menyampaikan lagu hits XPDC, Apa Nak Dikata hanya meraih 40.60% sekali gus meletakkanya di tangga paling corot dalam kalangan 13 peserta lain.
Selain Nai, dua lagi peserta yang berada di posisi ‘bottom 3’ ialah Zehra Zamry dengan markah sebanyak 53.50% dan Reshmonu yang hanya meraih 52.70%.
Sementara itu, Liza Aziz nyata unggul apabila berada di tempat pertama untuk kali ketiga berturut-turut dengan memperolehi markah sebanyak 73.40%.
Ads
Kemenangan berkenaan melayakkan Liza untuk membawa pulang Anugerah Terpaling Adabi dan wang tunai berjumlah RM2,000.
Ning Baizura dan Inka Chirstie masing-masing di ranking kedua dan ketiga. Ini kedudukan kesemua peserta GV11 bagi minggu ketiga saingan;
Ads
Minggu hadapan, peserta yang masih mara dalam saingan akan mempersembahkan lagu bertemakan ‘Hore-Hore’, yang mana mereka harus menyanyikan lagu-lagu yang berentak rancak atau meriah.
Ads
GV11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu dan yang bertanding masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Datuk Ramli M.S, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Podcast Kata Kita yang dikendalikan aktres Diana Danielle dan hos Nani Roslan tampil mengupas lebih banyak topik berkaitan isu semasa dalam kalangan masyarakat termasuk selebriti tempatan.
Menerusi cara penyampaian yang lebih santai, antara topik dibincangkan baru-baru ini termasuk mengenai industri perfileman tempatan sebaik berakhirnya Festival Filem Malaysia Ke-33 (FFM33) pada 7 Disember lalu yang menyaksikan filem Imaginur diangkat sebagai Filem Terbaik.
Diana, 33, sebagai antata bintang utama filem terbitan Lumatic Films Sdn Bhd itu pastinya berbangga dengan pencapaian diraih, malah turut membahaskan mengenai kejayaan itu menerusi podcast Kata Kita episod kedua yang lalu.
Menurut Diana, kejayaan itu cukup membanggakan, namun tidak boleh dilupakan sokongan berterusan daripada peminat kerana itu adalah hadiah terbesar untuk pelakon.
Diana yang membalas ucapan tahniah daripada Nani ketika sesi podcast itu berkata, tanpa peminat, dia atau mana-mana pelakon lain akan ‘terkandas’ kerana tidak mempunyai sistem sokongan secara berterusan.
“Sebenarnya yang saya paling hargai adalah sokongan orang yang pergi tonton filem Imaginur dan beri maklum balas dengan berkongsi bagaimana filem berkenaan memberi kesan kepada mereka.
“Jadi, itu sebenarnya penghargaan sebenar dan sudah tentu bila dapat pengiktirafan daripada FFM, ia lebih membuatkan kami rasa lebih bersemangat untuk teruskan berkarya.
“Penghargaan industri itu besar, tapi dengan peminat, mereka yang akan bawa kita untuk terus dalam bidang ini daripada satu tahun ke satu tahun. Terima kasih kepada peminat saya,” katanya.
Selain barisan para pemenang, penampilan selebriti yang hadir ke majlis sama turut diperkatakan dan dedah Diana, gaun hitam yang digayakan pada malam itu adalah ‘dress’ yang disewa kerana tidak ada pereka fesyen menerima tempahan pada saat akhir.
Ia diceritakan ibu kepada dua cahaya mata itu selepas Nani memuji persalinan berkenaan.
“Apa yang jadi ketika itu adalah, saya memang seorang yang suka siapkan sesuatu pada saat akhir sehingga saya terlupa tarikh FFM sudah hampir tiba. Jadi, saya pun tanya beberapa pereka fesyen dan semuanya cakap tak sempat, tengah sibuk dan sebagainya.
“Saya tidak mahu menyusahkan orang, jadi terpaksa susahkan diri sendiri. Akhirnya saya pergi ke kedai sewa pakaian yang dalamnya ada 5,000 ‘dress’. Disebabkan ia program RTM, jadi saya perlu cari pakaian yang sesuai, jadi saya belek satu persatu.
“Walaupun tak pernah pergi kedai itu, tapi saya tetap kena usaha juga untuk ke sana. Alhamdulillah saya gembira kerana pada akhirnya semua baik-baik sahaja. Pada saya, tidak kisah mahal atau tidak, tapi kalau itu adalah gaya anda, ia tetap akan nampak sesuai,” kongsi Diana.
Tambah Diana, dia juga bukanlah seseorang yang terlalu mendalami fesyen dan lebih mengutamakan gaya. Malah, katanya, dia tidak kisah untuk pakai baju sama berulang kali.
Menerusi siaran podcast sama, mereka turut mengupas mengenai isu pendakwah yang dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan melakukan gangguan seksual dan kelucahan terhadap kanak-kanak.
Diana berkata, tidak wajar sekiranya menganggap golongan pendakwah sebagai individu yang bebas daripada melakukan perkara terkutuk, selain mengesyorkan agar pendidikan seksual kepada kanak-kanak perlu diterapkan.
“Jenayah adalah jenayah dan kita jangan terlalu mengangkat pendakwah ini seolah-olah mereka tak mampu atau tak boleh membuat dosa. Kita perlu fikir setiap orang perlu bertanggungjawab atas apa yang dilakukan.
“Kita perlu adil demi memperjuangkan keadilan. Kita perlu adil dalam memperjuangkan hak kanak-kanak. Pendidikan seksual kepada kanak-kanak ini penting sebab bila sudah jadi remaja dan organ seksual sudah mula aktif.
“Jadi, bagaimana cara untuk memberi maklumat yang betul untuk bendung diri sendiri? Kalau mereka tidak ada ilmu yang cukup, nanti akan jadi masalah untuk bendung diri dalam dunia media sosial dan masyarakat yang pelbagai,” katanya.
Jangan ketinggalan untuk menonton lebih banyak kupasan isu semasa bersama Diana dan Nani menerusi saluran YouTube, Kata Kita Podcast.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Wanita dan solekan memang sukar untuk dipisahkan. Malah, solekan merupakan antara perkara yang membantu kaum hawa diluar sana bukan sahaja tampil cantik, tapi dalam masa sama meningkatkan keyakinan diri terutamanya bagi wanita yang bekerjaya.
Namun, dalam keghairahan wanita mengenakan solekan. Ada impak buruk yang memberi kesan pada kulit wajah, jika produk solekan yang digunakan tidak sesuai dengan kulit atau jika solekan berkenaan tidak dibersihkan dengan baik ia bakal membuatkan muka anda mengalami masalah ‘breakout’.
Bila muka dah breakout, pasti keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai juga merundum. Persoalanya, masih bolehkah mengenakan solekan untuk menutupi segala cela apabila kulit muka sudah rosak? NONA mendapatkan sudut pandang jurusolek, Bella Park tentang perkara ini. Ini respon yang diberikan.
Pernah.. Orang kalau main alat solek ni mesti orang kata merasa juga hadapi kulit breakout ni, sebab kita bersolek kan. Jadi liang pori senang nak tersumbat apa semua.
Bella sendiri pun kulit muka pernah breakout, tambah lagi sewaktu Bella berbadan besar dahulu, lagilah mengalami pelbagai masalah kulit sebab orang kata ia berkait rapat dengan masalah berat badan Bella pada masa itu, dengan masalah hormon lagi.
Bella banyak masalah dengan jerawat, sebab Bella ni kulit berminyak jadi memang senang naik jerawat berbanding mereka yang mempunyai masalah kulit kering.
Bella jadikan rutin skincare ni perkara WAJIB tak boleh tinggal, terutamanya untuk orang yang sering mengenakan solekan. Walaupun Bella dulu rasa malas-malas. Satu lagi Bella rasa untuk orang yang sering bersolek ni, satu benda yang memang tak boleh tinggal langsung adalah ‘double cleansing’.
Setiap malam, Bella memang akan buat ‘Double Cleansing’ pakai cleansing oil dulu, atau cleansing balm atau apa sahaja yang mempunyai kandungan minyak. Kerana minyak ini membantu menyingkirkan segala kesan solekan terutamanya foundation kita. Dia akan cairkan solekan. Lepas tu baru kita bersihkan betul-betul muka kita dengan menggunakan pencuci muka atau cleanser.
Lepas tu baru mulakan rutin macam biasa, Bella akan apply toner dulu, kemudian serum dan pelembap.
Boleh bersolek, tapi paling penting sebelum kita nak mengenakan solekan atau membeli alat solek, kita kena kenalpasti jenis kulit (Skin Type).
Ada orang jenis kulit kering, jenis kulit berminyak, jadi kita kena pilih alat solek yang sesuai dengan jenis dan keadaan kulit kita. Barulah kulit kita tu boleh terima dan tak ‘reject’ produk yang hampa gunakan.
Contohnya, kulit berminyak pakai solekan yang dikhususkan untuk kulit berminyak. Dan kalau kulit kering, gunakan alat solek yang mempunyai kandungan yang membantu moisturize kulit anda. Bila dah bersolek tadi, jangan lupa wajib double cleanse!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semua dari Hijabista
Penyanyi Noh Salleh, berang dengan tindakan peniaga tidak bertanggungjawab yang menjual barangan tiruan termasuk jenama keluarannya sendiri.
Menurut Noh, dia menyifatkan tindakan tersebut seperti ingin membunuh semangat usahawan lokal yang selama ini berjuang untuk menaikkan jenama mereka sendiri.
“Salam kawan-kawan just nak inform ni adalah platform pirate lanun yang jual barangan tiruan termasuklah brand-brand lokal macam Hikari Riders and The Cap City.
“Kami nak tegur elok-elok tapi semua account kami dah kena block. So incase kenal, tolong tanya tak malu ke makan daging bangsa sendiri,” tulisnya.
Rasa kecewa itu dikongsikan sendiri oleh vokalis band Hujan itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Katanya lagi, dia terkilan kerana barangan yang diciplak itu merupakan produk edisi terbaharu yang baru sahaja dilancarkan, baru-baru ini.
Lantaran, Noh memaklumkan dirinya bakal mengambil tindakan undang-undang bagi mengelakkan gejala seperti ini terus berlaku.
“Ke memang bangsa kita suka barang tiruan sampai orang Kota Bharu ni lincah beroperasi? Sebab apa?
“Sebab topi Cap City X Hikari tu baru release diorang dah tapau kaw-kaw buat kerja.
“Penyeleasaian dia kita akan buat. Maybe anta surat lawyer dulu kot. Tak nak la gaduh-gaduh,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam tindakan tersebut selain turut berharap agar Noh untuk meneruskan tindakan undang-undang.
“Tengok pun fake. Macam manalah produk lokal nak maju.
“Tak malunya jual barang fake. Jenama lokal pula tu.
“Meriah dia promosi dekat Instagram barang-barang copy macam tu. Di belum kenal KPDNKK kot. Kalau nak seru, kejap je ni. Bersih kedai dia.
“Saman je jangan kasi muka,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, account Instagram milik peniaga berkenaan dikatakan telah pun menyekat akaun Noh dan menyukarkan proses untuk berbincang.
Malah, peniaga tersebut dikatakan secara terbuka mempromosikan topi tiruan tersebut di platform media sosial.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Noh Salleh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!