
Pelakon, Ekin Rahmat yang juga merupakan isteri kepada penyanyi dan penyampai radio, Asmawi Ani muat naik foto-foto majlis pernikahan mereka di laman Instagramnya.
Ekin berbuat demikian sebagai ‘throwback’ tarikh pernikahan mereka, 10 tahun lalu.
“20122008 date ni la kami disatukan. Disebabkan ramai sgt yg DM ekin smlm suruh throwback gambor2 kawinkan!!
“Nahh hambik #tb sikit gambo2 10 tahun lepas makanya jgn muntah hijau yek.
“Di sebabkan throwback sgt so Kteorg nak ucapkan ribuan TERIMA KASIH pada semua insan2 yg terlibat bersengkang mata siang malam dari A-Z tuk menjayakan majlis2 kami di 5 tempat uols fuhhhhhh.
“Walaupun sebenarnya Letih yg amat.. Tp syukur sgt2 semuanya dipermudahkan oleh maha pencipta dgn berkatnya juga semua dpt berjalan dgn lancar ALHAMDULILLAH,” tulisnya.

Untuk pengetahuan, perkahwinan Mawi dan Ekin pernah mendapat gelaran ‘Wedding Of The Year’ satu ketika dahulu berikutan populariti Mawi selepas menjadi juara Akademi Fantasia 3.
Dalam pada itu, di ruangan komen, ramai yang turut mengakui sanggup tunggu di depan kaca televisyen untuk melihat perkahwinan merpati dua sejoli itu.

Pasangan tersebut berkahwin pada 20 Disember 2008 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Cahaya Malaika, 6 tahun.
Foto/Instagram: Ekin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
![[GAMBAR] Hampir Selesai Tempoh Pantang, Datin Anne Ngasri Dah Hilang 10kg! 26 [GAMBAR] Hampir Selesai Tempoh Pantang, Datin Anne Ngasri Dah Hilang 10kg!](https://cdn.mediahiburan.my/2018/12/Screen-Shot-2018-12-30-at-11.43.17-AM.png)
Pelakon, Datin Anne Ngasri yang telah melahirkan anak kelimanya pada 28 November lalu mengakui sudah hampir sebulan dia melakukan rutin urut, sauna dan bertangas dalam tempoh berpantang.
Hasilnya, dia kini sudah pun berjaya menurunkan berat badan sehingga 10 kilogram.
Perkembangan itu dikongsi bintang ini menerusi Instagram menerusi posting terkininya.
“Alhamdulillah syukur hampir tamat dah saya berpantang. Sebulan juga saya berurut, bersauna dan bertangas dengan makcik saya @bidan.anum.vouge ….terima kasih kerana berjaya buatkan saya hilang 10kg…,” tulisnya menerusi foto yang turut diabadikan bersama anak bongsu.
A post shared by Anne Ngasri (@annengasri_official) on
Beberapa hari lalu, Anne turut merakam sesi penggambaran khas bayi perempuan yang diberi nama Nefa Naura itu.
A post shared by Anne Ngasri (@annengasri_official) on
“Syukur Alhamdulilah selesai dah sesi shooting Nefa Naura. Thanks so much buat adik2 @tinywinyphotography yg sgt pakar mengambil gambar dan menguruskan baby Nefa Naura. Kenangan terindah buat saya dan Naura…dan this was my 1st time setelah beranak 5,” tulis Anne.
Terdahulu, Anne melahirkan anaknya itu beberapa hari lebih awal daripada jangkaan.
A post shared by Anne Ngasri (@annengasri_official) on
A post shared by Anne Ngasri (@annengasri_official) on
Foto: Instagram Anne Ngasri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!
Ini Kronologi Kes Kematian Muhammad Adib Yang Meninggal Dunia, Selepas 22 Hari Bertarung Nyawa…Alfatihah

Semalam, negara kehilangan seorang pegawai bomba yang dianggap ‘hero’ apabila dia menjadi mangsa kerakusan manusia.
Muhammad Adib Mohammad Kassim disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) jam 9.41 malam selepas 22 hari bertarung nyawa setelah cedera parah susulan insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman pada 27 November lalu.
Tentunya, berita ini amatlah menyedihkan seluruh rakyat Malaysia lebih-lebih lagi setelah Adib menunjukkan tanda-tanda positif sebelum ini.
Namun, ALLAH SWT lebih menyayanginya. Untuk itu, MH ingin berkongsi kronologi kes Adib ini.
27 November 2018
Awal pagi, pihak bomba menerima laporan bahawa beberapa kenderaan dibakar berikutan rusuhan di Kuil Sri Mariamman pada awal pagi itu.
Susulan itu, anggota bomba yang berada berhampiran kawasan kuil cuba untuk memadam kebakaran.
Bagaimanapun, dikatakan berlaku rusuhan terhadap kenderaan milik bomba.
Dalam kejadian tersebut, seorang pegawainta, Adib dipercayai dicederakan oleh sekumpulan individu tidak dikenali.
Dia mengalami kecederaan yang serius dan dibawa ke Subang Jaya Medical Centre (SJMC) oleh orang awam bagi mendapatkan rawatan.
Dalam pada itu, tunang Adib juga turut mendoakan semoga pemuda tersebut kekal kuat apatah lagi mereka bakal bergelar raja sehari pada hujung Disember ini.
28 November 2018
Badan bertindak Kuil Sri Mariamman mendakwa anggota bomba yang parah dalam insiden rusuhan itu adalah disebabkan kemalangan jalan raya.
Katanya, kejadian berlaku apabila jentera bomba mengundurkan kenderaannya dengan laju sebelum sekumpulan individu menjerit memaklumkan ada individu di belakang jentera tersebut.
29 November 2018
Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri turut hadir menjenguk keadaan Adib di IJN.
Keadaan Adib juga turut menunjukkan tanda-tanda sedar dan bertindak balas kepada beberapa arahan lisan. Pihak IJN berkata anggota bomba berusia 24 tahun itu masih di bawah pemantauan rapi penggunaan sedatif untuk membolehkan organnya pulih.
30 November 2018
Adib dilaporkan telah sedar dan menunjukkan perkembangan positif. Dia boleh menggerakkan beberapa anggota badan menunjukkan otaknya berfungsi.
1 Disember 2018
“Semoga kamu kuat…orang tunggu kamu,” berikut merupakan kata-kata tunang Adib, Nurul Najihah Mohd Radzi di laman Facebooknya yang mendoakan Adib agar cepat sembuh.
11 Disember 2018
Adib menunjukkan peningkatan dari segi pemulihan sejak 72 jam yang lalu. Menerusi kenyataan IJN, dia juga kini mampu menulis menggunakan papan putih.
16 Disember 2018
Tahap kesihatan Adib mula merosot dalam tempoh 24 jam yang lalu, menerusi kenyataan IJN, fungsi paru-paru Adib menurun tahapnya.
Adib kini kembali di fasa kritikal menyebabkan semua lawatan ke atasnya dihadkan.
17 Disember 2018
Adib menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.41 malam di IJN. Jenazah dibawa pulang ke kampung halamannya di Kedah, malam tadi.
Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh.
18 Disember 2018
Saat orang ramai bersedih dengan kematian Adib, #Justice4Adib mula tular di laman Twitter.
Foto: Twitter
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!
“Harap Berkuranglah Kuning Ni…,”- Anak Ditahan Di Tiub Biru, Datin Almy Nadia & Suami Mulai Bimbang Sebab…

Baru sahaja melahirkan cahaya mata ketiga, pasangan selebriti, Datin Almy Nadia dan Datuk Fizz Fairuz terpaksa menghadapi ujian tersendiri apabila anaknya, Nurafrina Ayra disahkan mengalami masalah demam kuning.
Almy turut meluahkan rasa sedihnya itu melalui posting di akaun Instgramnya.
“Day 10 of pantang,baki 34hari lg.. dan Day 2 terapi dekat rumah jer.. harap berkurangan la kuningnya.. kuningya smlm ms check 270.. tu terpaksa sewa benda alah ni.. wlpn setiap kali nak letak baby bawah lampu biru ni,setiap kali jgk air mata mama mesti jatuh.. tp demi kesihatan anak mama kena kuat… mama kena kuat demi baby demi diri sendiri nak kurus,treament jadual penuh,kena kuat demi kakak2 dia .demi suami nak jaga perut…..itu lah pengorbanan seorang wanita,” tulis Almy di ruangan kapsyen.
A post shared by Almy Nadia (@fizzalmy) on
A post shared by Almy Nadia (@fizzalmy) on
Menerusi ruangan komen pula, ramai yang mendoakan kesejahteraan bayi comel itu agar cepat sembuh dan memberi kata-kata semangat buat Almy dan Fizz.
Ayra dilahirkan seberat 3.31 kilogram pada malam perlawanan bola sepak Piala Suzuki AFF 2018 (Vietnam vs Malaysia) jam 11:30 malam di hospital swasta di Setapak.
Apa-apa pun, MH doakan agar Almy dan Fizz tabah menghadapi ujian ini.
Foto : Instagram Almy Nadia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

