Ads

Nafi ‘Perang Dingin’, Rugi Ratusan Ribu… Fizie, Dr Afif Buka Restoran Tepis Fitnah – “Tak Masuk Akal Kerana…”

Tiada angin tiada ribut, pengamal perubatan dan pengasas produk EnerVast, Dr Afif, dikatakan kini ‘perang dingin’ dengan duta produk tersebut, penyampai radio Gegar, Fizie Roslan.

Malah ada sumber mendakwa, perselisihan faham menyebabkan Fizie dan Dr Afif tidak lagi membuat sesi ‘live’ bersama di media sosial seperti awal pelancaran produk itu pada Julai lalu.

Bagaimanapun kata Fizi, tiada persefahaman antara mereka juga dikatakan menyebabkan berlakunya kerugian.

Fizie Nafi Dakwaan Retak Hubungan

“Tak dinafikan, saya akui kami tidak lagi membuat sesi live bersama, malah sudah lama tak berjumpa. Namun, itu tak bermakna kami bergaduh.

“Kalau ada yang fikir kami bermasalah, tak ada masalah langsung sebenarnya, kami baik-baik saja walaupun sudah jarang berhubung.

“Iyalah, baik saya atau Dr Afif, kami sibuk dengan komitmen masing-masing. Saya on-air pagi, Dr. Afif pula sibuk dengan pengurusan klinik2 dan R&D produk lain,” ujar Fizie.

Menurutnya lagi, tidak adil jika ada yang mendakwa naik turun sesuatu produk bergantung sepenuhnya kepada selebriti yang dilantik sebagai duta.

“Artis bukan penentu tunggal naik turun sesuatu produk. Artis yang dilantik sebagai duta cuma salah satu elemen dalam strategi pemasaran.

Ads

“Kolaborasi yang berjaya perlu dimainkan oleh kedua-dua pihak. Artis bawa kesedaran tentang produk yang dibawa manakala pemilik jenama pula kena jaga kualiti dan strategi jangka panjang,” katanya lagi.

Nafi ‘Perang Dingin’, Rugi Ratusan Ribu… Fizie, Dr Afif Buka Restoran Tepis Fitnah – “Tak Masuk Akal Kerana…”Nafi ‘Perang Dingin’, Rugi Ratusan Ribu… Fizie, Dr Afif Buka Restoran Tepis Fitnah – “Tak Masuk Akal Kerana…”

Rugi Ratusan Ribu Tak Benar

Sementara itu, Dr Afif atau nama sebenarnya Dr Afif Mohd Ridzwan turut menafikan dakwaan kononnya perniagaannya rugi ratusan ribu akibat melantik Fizie sebagai duta produk.

“Memang sebelum ini kita pernah dengar kes artis dan pengasas produk ‘perang dingin’ atau bermasam muka apabila tidak mencapai kata sepakat dan perjanjian tidak dipenuhi.

“Dalam hal saya dengan Fizie, memang kami jarang berhubung atau mempromosi produk bersama. Namun itu tak membawa maksud kami bergaduh.

Ads

“Saya juga menafikan sekeras-kerasnya kononnya berhabis ratusan ribu lantik Fizie sebagai duta EnerVast.

“Fitnah itu tak masuk akal langsung kerana kami bekerjasama dengan baik sepanjang masa.

“Walaupun tiada lagi sesi live bersama, tetapi Fizie amat memberi komitmen dengan menyusun pelbagai strategi yang orang luar tak tahu.

“Hubungan kami baik-baik saja. Mungkin ada yang cuba laga-lagakan kami.. Entah apa niat mereka,”katanya.

Bakal Usahakan Restoran

Dakwaan mereka tidak sehaluan juga turut ditepis apabila kedua-duanya bakal mengusahakan cawangan Restoran Bumbu Babah di Kota Bharu, Kelantan.

Ads

Jenama ini menampilkan hidangan autentik Minang dan diasaskan oleh pelawak Ajak Shiro.

Menurut Fizie, Bumbu Babah bermula dengan jualan ayam goreng sebelum beralih kepada sajian nasi padang yang kini menjadi teras jenama tersebut.

“Saya memang peminat masakan Padang dari dulu lagi. Saya suka yang berempah, pedas, pekat semua tu.

“Ceritanya bermula bila sahabat saya, Ajak Shiro, ajak saya cuba nasi padang di Bumbu Babah. Sekali rasa gulai urat keting dia, terus terpikat!

“Dari situ saya nampak potensi besar jenama ni, bukan sekadar sedap tapi ada ‘jiwa’ masakan sebenar.

“Jadi bila saya berkongsi dengan Dr. Afif, dia pun terus nampak peluang dan kami sepakat untuk sama-sama kuatkan jenama ni. Pendek kata, dari meja makan terus jadi projek bersama,” tambahnya lagi.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Dah Tukar Baju & OTW Nak Balik, Ernie Zakri Terimah Lebih...

Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.
error: Hello. Cannot.