
Penyanyi terkenal Indonesia, Nadin Amizah, 24, selamat melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan hatinya, Faishal Tanjung dalam satu majlis penuh sederhana tetapi sarat dengan elemen klasik di Lembang, Bandung, semalam.
Majlis akad nikah yang berlangsung di Imah Seniman itu dihadiri keluarga terdekat dan rakan rapat pasangan berkenaan.
Dengan berlatar dekorasi bunga berona pastel dan suasana luar ruang yang nyaman, majlis tersebut menyerlahkan konsep perkahwinan ‘intimate’ yang menjadi pilihan Nadin dan pasangannya.
Tampil anggun dalam persalinan kebaya putih berhias renda halus dan kain songket kuning emas, penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu bernuansa puitis itu melengkapkan gaya dengan veil labuh bersama karangan bunga melati.
Solekan lembut bernada ‘coral pink’ yang tidal terlalu tebal dan rambut yang disanggul rendah menjadi stail pilihan pemilik suara lunak ini.
Faishal pula tidak kurang penampilannya, beliau kelihatan tampan mengenakan sut putih dipadankan dengan kain songket senada sebagai sampin lengkap dengan kalung bunga melati sebagai simbol tradisi.

Pasangan itu dinikahkan dengan mas kahwin berupa emas seberat 28.4 gram dan wang tunai berjumlah Rp8,082,025 yang membawa maksud simbolik kepada tarikh pernikahan mereka, 8 Ogos 2025.
Sebelum hari bahagia itu, pasangan ini telah mengadakan majlis pertunangan pada 27 Jun lalu serta pengajian pada 3 Ogos, yang diadakan dalam suasana penuh keinsafan dan doa restu.
Difahamkan, Nadin dan Faishal telah menjalin hubungan selama empat tahun sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
Untuk pengetahuan pembaca Faishal merupakan seorang pemuzik dan juga ahli perniagaan. Beliau merupakan adik kepada pelakon terkenal Indonesia, Sheila Dara dan adik ipar kepada komposer dan penyanyi, Vidi Aldiano.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




