Uncategorized

“It’s Over!” Nabila Razali Muat Naik Video Kecewa

Share

Eh apa dah jadi ni? Sedang MH belibur bersama ahli keluarga di hujung minggu ini  tiba-tiba kami dikejutkan dengan berita sedih dari Nabila Razali.

Seperti yang semua tahu baru-baru ini Nabila sedang akrab dan dikatakan sedang menjalin cinta dengan pelakon muda Aedy Ashraf.

Namun, baru-baru ini sebuah video yang dimuat naik oleh penyanyi ini sendiri telah menimbulkan pelbagai tanda tanya buat semua pengikutnya.

Nabila yang berusaha menahan emosi meluahkan perasaan kecewanya dengan berkata lelaki yang tidak pernah puas dengan apa yang ada setelah si gadis berkorban segalanya.

Malah Nabila turut meminta untuk semua orang berhenti bertanya soalan padanya tentang perkara ini lagi.

“Lelaki ni tak pernah rasa cukupkan?.

“Tak kisah lah kita berkoban macam mana pun untuk mereka. Tetap cari yang lain.

“Jadi Bila (Nabila Razali) harap korang dah tak tanya apa-apa pasal tu.

“Kamu semua pun mesti pernah kena macam ni kan?” kata Nabila

Dalam masa yang sama MH turut sempat meninjau akaun twitter nabila dan mendapati Nabila ada muat naik satu tweet berbunyi segalanya sudah berakhir.

Perkara ini telah membuatkan ramai netizen membuat andaian ia ada kena mengena dengan soal hati dan perasaan.

MH difahamkan baru-baru ini Aedy ada muat naik gambar mesra bersama seorang wanita di Insta Storiesnya.

Hmmmmmm adakah ini punca Nabila bertindak seperti ini?

Apapun MH harap sekirannya benar, Nabila perlu kuat dan sabar. Soal cinta memang sungguh merumitkan dan memusingkan lagi-lagi jika hubungan yang baru terbina.

 

 

IKLAN