Ads

Nabila Razali Ceriakan Pelajar & Sebar Mesej #BalasBaik… Minggu Awal Sekolah Jadi Lebih Bermakna!

Bersempena pembukaan sesi persekolahan di seluruh negara, penyanyi Nabila Razali baru-baru ini meluangkan masa menyantuni warga sekolah menerusi kunjungan istimewa ke Sekolah Kebangsaan Taman Jasmine, Kajang.

Kehadiran Nabila disambut meriah para pelajar, guru serta kakitangan sekolah, sekali gus menceriakan suasana hari pertama persekolahan yang penuh bermakna.

Persembahan Istimewa Sarat Mesej Positif

Dalam kunjungan berkenaan, Nabila turut mempersembahkan lagu #BalasBaik yang sarat dengan mesej positif mengenai kebaikan, empati dan saling menghargai sesama insan.

Beliau berharap mesej yang disampaikan melalui lagu tersebut dapat menjadi inspirasi kepada para pelajar untuk memulakan sesi persekolahan dengan nilai-nilai murni, sikap saling menghormati serta semangat menyebarkan kebaikan dalam kehidupan seharian.

Ads

“Hari pertama sekolah adalah permulaan baharu yang sangat penting, terutamanya buat adik-adik yang sedang membina jati diri dan masa depan mereka.

“Saya berharap lagu #BalasBaik dapat menjadi peringatan bahawa setiap kebaikan yang kita lakukan, walaupun kecil, mampu memberi kesan besar kepada orang lain,” katanya.

Ads
Nabila Razali Ceriakan Pelajar & Sebar Mesej #BalasBaik… Minggu Awal Sekolah Jadi Lebih Bermakna!
 
Nabila Razali Ceriakan Pelajar & Sebar Mesej #BalasBaik… Minggu Awal Sekolah Jadi Lebih Bermakna!
 
Nabila Razali Ceriakan Pelajar & Sebar Mesej #BalasBaik… Minggu Awal Sekolah Jadi Lebih Bermakna!
 

Sekolah Medium Terbaik Semai Nilai Murni

Tambah Nabila lagi, sekolah merupakan tempat terbaik untuk menyemai nilai empati, toleransi dan kasih sayang sejak usia muda.

“Kalau kita dibiasakan untuk membalas sesuatu dengan kebaikan, saya percaya persekitaran sekolah dan masyarakat akan menjadi lebih harmoni. Itu juga mesej utama yang ingin saya sampaikan melalui lagu ini,” ujarnya.

Ads

Inisiatif ini secara tidak langsung mencerminkan komitmen Nabila dalam memanfaatkan platform seninya bukan sekadar untuk hiburan, malah sebagai medium penyampaian mesej positif kepada masyarakat, khususnya generasi muda.

Kunjungan tersebut diakhiri dengan sesi bergambar bersama para pelajar dan guru, sekali gus meninggalkan kenangan manis pada hari pertama persekolahan serta menjadi suntikan semangat buat para pelajar memulakan tahun akademik baharu dengan penuh keyakinan dan nilai kebaikan.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Bila Atas Pentas, Ada Keserasian Itu,” – Ani Maiyuni Ulas Gandingan...

Penyanyi Ani Maiyuni mengakui keserasian yang terjalin bersama rakan lamanya, Kelly Azman menjadi antara faktor utama dirinya sentiasa berasa selesa setiap kali berada di atas pentas, khususnya ketika mengendalikan persembahan sepanjang bulan Ramadan bersama-sama.
error: Hello. Cannot.