Uncategorized

Nabil Hilang Kereta

Share

Selebriti popular, Nabil Ahmad mendedahkan dia kehilangan kereta jenis Toyota Vellfire warna putih, kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Menurut Nabil yang ditemui pada program Gegar Vaganza musim keempat di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil berkata, kejadian itu berlaku ketika dia menghadiri acara konsert anjuran tadika anaknya, Nayra Mikayla.

“Saya ke lokasi konsert di Taman Tun Dr Ismail kira-kira jam 1 petang dan sebaik keluar semula ke tempat saya meletakkan kereta pada jam 2.30 petang, kereta saya tiada.

 

“Mula-mula saya ingat salah letak, tapi bila sudah puas mencari saya tahu ia telah hilang. Jadi saya terus buat laporan di balai polis TTDI,” ujarnya ringkas.

Tiga tahun lalu, Nabil pernah ditimpa malang apabila kereta Mitsubishi Lancer dipecah oleh penyamun dan mengalami kerugian.

Teks oleh : AQMAR MUSTAZA

IKLAN