Categories: Uncategorized

Nabil Ahmad Tunai Umrah, Pohon Dipermudahkan Segala Urusan

Share

Tahun ini merupakan tahun kelima buat pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad menunaikan umrah bersama isterinya, Zira.

Sebelum ini, bintang berkenaan ada berhasrat mahu mengerjakan umrah pada 10 malam terakhir yang mempunyai banyak kelebihan dan manfaat.

Menerusi akaun Instagram, Nabil berkongsi gambar doa-doa yang dipohon buat peminatnya.

Bukan itu sahaja, dia juga berdoa buat Negara Malaysia dengan kapsyen

“Semoga Allah melimpahkan segala rahmat dan barakahnya kepada seluruh rakyat Malaysia,

“May we live in peace and harmony,” tulisnya

Sementara itu, netizen juga tidak henti-henti memberi komen yang positif buat Nabil dan Isterinya.


MH doakan agar umrah pasangan ini berjalan lancar dan dipermudahkan.

IKLAN