Hos dan penyampai radio, Nabil Ahmad meluahkan rasa gembira sejurus mendengar maklum balas positif penonton yang rata-rata terhibur dengan gandingannya bersama Elly Mazlein menerusi program Gegar Vaganza (GV) musim terbaharu.
Memulakan tirainya pada Ahad lepas, Elly menggantikan posisi Jihan Muse yang kini sedang berpantang selepas melahirkan anak kedua, awal September lalu.
Nabil, 39, ketika dihubungi MH berkata, gandingan mereka berdua disifatkan sebagai suatu pembaharuan bagi program realiti yang kini berjalan selama sembilan musim (GV9).
“Alhamdulillah, gandingan saya dengan Elly menjadi, saya happy gila. Sebelum GV9, saya memang sudah banyak kali bekerja dengan Elly seperti Muzikal Lawak Superstars dan MeleTOP.
“Jadi senang dapat bekerjasama dengan dia sekali lagi. Malah, sewaktu team produksi GV minta pendapat saya, siapa hos yang dirasakan boleh gantikan Jihan, saya memang cadangkan nama Elly.
“Saya tak nafikan, pihak produksi memang ada juga beberapa nama selain Elly ketika itu. Alhamdulilah, bila dia terpilih tu, saya sukalah sebab sekarang GV dah masuk musim kesembilan.
Ads
“Kalau boleh saya nak teman pengacara yang dah ada banyak pengalaman jugalah. Kehadiran Elly jadi ‘wow factor’, ibarat suntikan nafas baharu untuk program itu sendiri,” katanya.
Mengulas mengenai energi ‘tiptop’ yang dipersembahkan rakan pengacaranya itu hingga ada yang mendakwa penampilannya seakan tenggelam, Nabil tidak kisah akan perkara tersebut.
“Dekat GV ini bagi saya yang perlu diberi perhatian adalah peserta tapi bila Elly atau saya lebih menonjol, bagi saya itu adalah satu kejayaan untuk program itu juga.
“Saya tak kisah pun siapa-siapa yang menonjol tapi saya mengharapkan peserta lebih dapat ‘highlight’ sebab yang bertanding adalah mereka tapi bila Elly (jadi perhatian) saya tumpang happy dan seronok sebab apa-apa pun ini adalah kerja berpasukan.
Ads
“Bila gandingan kami diperkatakan dan viral lebih-lebih lagi di TikTok, saya gembira sebab orang menghargai kerja kami sebagai hos,” katanya lagi.
Setelah lapan musim menggemudi GV bersama Jihan, Nabil berkata dia turut sedih tidak dapat bersama rakannya itu yang kini dalam fasa berpantang.
“Kami sama-sama dari GV1 hingga GV8, sedikit sedih tu adalah tapi Jihan memang dah inform awal-awal, time GV9 berlangsung dia memang sedang berpantang.
Ads
“Mana tahu dalam minggu separuh akhir atau final nanti, kalau Jihan boleh buat kemunculan, seronok juga nanti pentas itu kalau ada kami bertiga.
“Jihan pun ada beritahu dia suka dan terhibur melihat gandingan saya bersama Elly pada minggu pertama,” katanya.
GV9 menampilkan persaingan 13 penyanyi yang terdiri daripada Jaclyn Victor, Shila Amzah, Dina Nadzir, Tomok, Pat Candy, Bob Yusof dan Hazrul Nizam.
Turut bertanding ialah Roy Kapilla, Asheed Def-Gab-C, Haida Hasnan, Fuad Rahman, Tom dan kumpulan VE.
GV9 berlangsung pada setiap Ahad, jam 9 malam dan ditayangkan menerusi saluran Astro Ria (104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setelah mempamerkan persembahan konsisten hampir setiap minggu, kumpulan UBI bagai menepati ramalan selepas dinobatkan selaku juara baharu program, Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3)
Kumpulan yang dianggotai oleh pelawak Fad, Sharif dan personaliti media sosial, Namie itu berjaya mengetepikan cabaran daripada tiga kumpulan lain sekali gus membawa pulang hadiah utama berjumlah RM150,000 beserta trofi.
Pada pusingan akhir ini, kumpulan UBI turut memperoleh lima bintang untuk kedua-dua tema persembahan dan standing ovation daripada Datuk Awie.
Sementara itu, kumpulan Cili telah muncul selaku naib juara seterusnya meraih hadiah wang tunai RM75,000 dan trofi.
Salah seorang anggota kumpulan Cili yang juga merupakan penyanyi, Shiha Zikir turut dinobatkan selalu Superstar Paling Gempak MLS3.
Tempat ketiga yang menawarkan hadiah sebanyak RM50,000 serta trofi pula telah berjaya dimenangi oleh kumpulan Bahroy.
Manakala, kumpulan OOD yang dianggotai Man, Chiwan dan Zahid terpaksa berpuas hati untuk meraih tempat ke-4 seterusnya membawa pulang hadiah berjumlah RM25,000 dan trofi.
Pentas minggu terakhir MLS3 telah berlansung secara gilang gemilang di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.
Pada malam ini, kesemua peserta membuat persembahan sebanyak dua pusingan yang bertemakan ‘Benua Di Dalam Dunia’ dan ‘Bebas’.
Semua finalis MLS3 diadili 75 peratus juri tetap iaitu Datuk Awie, Siti Saleha dan Najip Ali, manakala 25% lagi adalah daripada undian penonton.
Pentas akhir yang dihoskan Sharnaaz Ahmad dan Elly Mazlein itu juga turut dimeriahkan dengan persembahan pembukaan daripada artis jemputan, Khir Rahmah dan Luqman Hafiz.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hangat di media sosial susulan khabar angin yang mendakwa, pelawak dan usahawan, Shuib didakwa sedang menjalin hubungan dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Watie Hanifiah.
Ia susulan dakwaan netizen yang mendakwa keduanya mengenakan persalinan yang seakan-akan sedondon ketika menghadiri dua buah konsert sebelum ini meski tiada lagi kesahihan mereka hadir bersama.
Menerusi sebuah video TikTok yang dimuat naik menerusi akaun @farahana2506 yang kini tular, ia berkongsi imej Shuib dan Watie ketika menghadiri konsert Ziana Zain dan Anuar Zain pada 6 Ogos lalu dan konsert Dewa 19 pada Jumaat lalu.
“Betul ke Shuib dengan Watie,” tertera pertanyaan pada kapsyen beserta lampiran foto mereka yang dikatakan hadir mengenakan persalinan dalam rona serupa.
Meninjau ke ruangan komen video terbabit pula, netizen mulai membuat spekulasi dan mendakwa Shuib sedang akrab dengan usahawan wanita terbabit.
Malah, ada yang mendakwa Shuib kerap memberikan tanda suka (likes) terhadap foto yang dimuat naik Watie di media sosial miliknya.
“Saya dah few months perasan, semua post Watie ni, Shuib akan like. Pastu banyak tempat yang Shuib pergi, akan ada Watie kat situ cuma diaorang tak ambil gmbar sama,” ulas pengguna TikTok.
“Aku dah perasan lama dah. Aku stalk terus and im be like (emoji terkejut) takpela mana mana jela janji shuib happy kalau betol diorang bersama,” tulis seorang pengguna TikTok lagi.
“Kan dia kata, bakal wife dia bukan artis. So ofcozlah kita x kenal,” komen pengguna lainnya pula.
“Mungkin tersuka masa main golf sebab Watie selalu main golf,” tebak pengguna TikTok.
Video berkenaan sehingga kini menerima hampir sejuta tontonan disusuli lebih 14,500 tanda suka bersama ribuan komen.
Pada masa sama, ada netizen berkongsikan foto yang seakan-akan di lokasi sama sekitar Mei lalu berdasarkan latar belakang foto yang dimuat naik di Instagram.
“Baru stalk, tengok post Watie 7 Mei & Shuib post picture background sama. Rumah lama Shuib di kampung,” dakwa seorang pengguna TikTok.
Penyanyi Tom mendedahkan dia bakal kembali dengan imej baharu selepas mengambil keputusan untuk membuka stail rambut ‘dreadlock’ yang digayakan sejak tahun 2007 lalu.
Penampilan baharunya itu akan ditampilkan menerusi konsert ketiga Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Ahad ini di dalam persembahannya, Goyang Inul yang dipopularkan oleh Inul Daratista.
Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram menjelaskan, bagi proses membukanya, ia memerlukan masa selama beberapa hari, bergantung kepada keadaan rambut.
“Jujurnya saya buat rambut begini sejak 2007, tetapi sepanjang tempoh tersebut ada waktu saya buka dan pasang balik. Sekali pasang (pakai) dalam dua tiga tahun begitu.
“Rambut asli saya melepasi bahu. Jadi ini adalah lebihan rambut saya sendiri dan kita pasang ikut kepada kesesuaiannya.
“Proses untuk buka ada cara. Memang azablah… prosesnya buatnya pun boleh ambil masa tiga hari. Kali ini akan buka terus dan kemudian akan lakukan perawatan.
“Cuma saya pasti ia tak akan ambil masa sekekap untuk siap. Sebab kalau nak buka tu, akan rasa sakit, nangis,” katanya kepada MH.
Teruja dengan perubahan yang bakal ditampilkan, Tom akui berbuat demikian demi memberikan yang terbaik kepada peminat.
Malah perkara tersebut turut dikongsikan ibu kepada tiga cahaya mata ini menerusi Insta Stories, pada Isnin.
“InsyaAllah penampilan akan berubah, saya pun tak tahu lagi hasilnya bagaimana sebab baru nak buka (Isnin). Kalau boleh saya pun tak mahu tunjukkan hasilnya kepada sesiapa sehinggalah hari saingan minggu ketiga GV9 nanti.
“Untuk buat stail rambut begini perlukan kos sekitar RM800 hingga seribu lebih, sementara kalau untuk servis perawatan sekitar RM250. Sebelum ini ada yang anggap kalau nak basuh rambut perlu ada syampu khas.
“Sebenarnya saya hanya pakai syampu biasa saja. Cuci seperti biasa dan untuk saya memang cucinya setiap hari atas komitmen kerja,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.