Uncategorized

Muzik Video Pematah Hati Trending, Ditonton 2.5 Juta Kali

Share

Wow, MH tinjau di laman Youtube muzik video yang hangat dikatakan netizen. Kini sudah mencecah 2.5 juta tontonan sejak seminggu lalu dilancarkan. Big applause untuk Nabila Razali!

Nampaknya gimik ‘putus cinta’ bersama pelakon Aedy Ashraf memang menjadi. Lebih membanggakan, muzik video itu kini berada di tangga pertama carta Trending Youtube Malaysia.

Melodi lagu yang sungguh catchy dan ditambah dengan maketing strategy semestinya lagu ciptaan sepenuhnya oleh Hael Husaini dan Ezra Kong menjadi perbualan ramai.

Dalam masa sama, video tersebut telah diparodikan oleh ratu parodi, Jihan Muse. Pecah perut melihat telatahnya bersama Bell Ngasri dan Syuk.

Rata-rata netizen memberi komen positif dan mengatakan mereka sangat terhibur dengan gelagat mereka bertiga.

Ramai turut mengkagumi Jihan yang boleh menjadi sesiapa sahaja. Tidak dinafikan sekali imbas Jihan mirip dengan pelantun lagu Pematah hati!

Video yang dikongsikan oleh MeleTOP di laman Youtube itu telah ditonton lebih 130 ribu kali sebaik sahaja ia di muat naikdi platform tersebut.

Selain Aedy, ia turut menampilkan selebriti dan personaliti Yaya Zahir, Syada Amzah, Adriana Adnan, Tanjung and Wanie, Anis Al Idrus, Dragos Cruceat, Diana Iss, Diana Dancea dan Sergiu Chirau.

Selain Youtube, Pematah Hati kink boleh dimuat turun menerusi platform digital seperti Spotify, iTunes, Apple Music, Joox, Kkbox dan Deezer.

Jom #MHBelanjaVideo Parodi dan video asal Pematah Hati

 

IKLAN