Pelakon, Mustaqim Bahadon akui dirinya kini bahagia apabila dapat membesarkan seekor kucing yang sebelum ini pernah dibakar dan menjadi mangsa kekejaman manusia.

Menurut Mustaqim, selepas hampir dua tahun, kucing yang diberi nama Socks itu sudah sembuh sepenuhnya meskipun mengalami beberapa kecacatan kekal.

Mustaqim Bahadon Syukur Rezeki Tak Pernah Putus, Bela Kucing Dibakar Manusia Kejam – “Kulitnya Mati & Tiada Telinga.”

“Kucing itu namanya Socks dan dia pernah menjadi mangsa kekejaman manusia. Kucing ini telah dibakar sewaktu kecil. Orang yang membakar itu sudah pun ditahan tapi yang tak best, dia telah dilepaskan.

“Bayangkanlah, anak kucing sebesar tapak tangan, dibakar. Pembelaan untuk Socks itu tiada. Jadi, saya buat keputusan untuk bela kucing tersebut.

“Pada mulanya, saya hanya datang melawat dan bertemu dengan orang yang menyelamatkan Socks. Kemudian saya bertanya, siapa yang akan jaga selepas ini?

“Katanya, pada ketika itu, masih lagi tiada penjaga. Jadi, saya tawarkan diri untuk menjaga. Di rumah pun saya ada menjaga lapan ekor kucing,” katanya kepada MH.

Ads

Mustaqim berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Munajjim: Sekutu Iblis, baru-baru ini.

Pada masa sama, pelakon asal Kangar, Perlis ini juga akui asbab menjaga kucing ini, rezekinya tidak pernah putus.

Mustaqim Bahadon Syukur Rezeki Tak Pernah Putus, Bela Kucing Dibakar Manusia Kejam – “Kulitnya Mati & Tiada Telinga.”

“Sejak itu, saya sendiri yang menjaga dan merawat. Alhamdulillah, Socks sudah semakin sihat. Cuma bulunya sahaja tidak akan tumbuh sampai bila-bila.

Ads

“Sebahagian kulitnya sudah mati dan telinganya sudah tiada. Mungkin asbab menjaga kucing ini, rezeki saya tidak putus.

“Namun, bukan itu sebenarnya matlamat saya. Saya bukan jaga kucing sebab mahukan rezeki yang tidak putus. Saya memang ikhlas sayangkan binatang.

“Itu yang diajar oleh arwah ayah saya sejak kecil. Walaupun kami tak bela kucing, tapi arwah ayah sentiasa berbuat baik bila ada kucing datang rumah,” kongsinya lagi.

Ditanya mengenai kos rawatan untuk menjaga Socks, Mustaqim memaklumkan dia hanya perlu membawa kucing tersebut untuk pemeriksaan berkala.

Ads

Mustaqim Bahadon Syukur Rezeki Tak Pernah Putus, Bela Kucing Dibakar Manusia Kejam – “Kulitnya Mati & Tiada Telinga.”

“Untuk kos pembedahan, penjaga sebelum ini ada menerima sumbangan daripada orang ramai. Jadi, saya hanya meneruskan rawatan susulan.

“Cukup masa, saya kena bawa pergi klinik untuk pemeriksaan dan cuci luka. Kini, Socks sudah pulih dan makin murah rezeki. Sudah hampir dua tahun dia menjadi duta,” ujarnya.

Terdahulu, Mustaqim merupakan antara tunjang utama yang membintangi filem seram terbaharu berjudul Munajjim: Sekutu Iblis disamping pelakon hebat lain seperti Farid Kamil, Uqasha Senrose dan Sherie Merlis.

Filem arahan Faizul A. Rashid ini kini sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads