Personaliti media sosial, Beby Tora Tora mengakui berasa sedikit tersinggung dengan kata-kata segelintir pihak yang dilihat tidak pernah serik mempersendakan bentuk fizikalnya.
Menurut Beby atau nama sebenarnya Nor Atierah Zulfatie Zulkifli, kecaman tersebut diterimanya sewaktu dia memuat sebuah video terbaru bersama suaminya di aplikasi Tik Tok.
“Tadi Tira pos content dekat Tik Tok. Ada la lelaki and perempuan ni komen, ‘ingatkan abang ni jalan dengan mak dia’. Lepastu ada la berapa orang yang sokong kenyataan tu.
“Hish tak jaga sensitiviti langsung eh rakyat Malaysia skrang ni,” tulisnya di Instagram.
Ads
Dalam pada itu, Beby turut menyifat kritikan seperti itu menyebabkan orang ramai berasa fobia dan segan untuk memiliki bentuk badan yang berisi.
“Memang badan gue gemuk and laki gue nampak muda walaupun umur beza 5 tahun tapi toksah la terlalu jujur eh.
Mungkin sebab ni la ehh orang tak suka jadi gemuk. Nanti jalan dengan suami , orang kata bawak mak pulak hahaha.
Ads
“Haihlaa…Sabo je la. Korang pernah kena macam tu ke? Tambah jumpa dekat mulut makcik bawang, lagi le kita kena kutuk kesian laki gue. Nasib dia tak malu jalan dengan gue,” kongsinya lagi.
Bagaimanapun, Beby yang memiliki jumlah pengikut di Instagram seramai 528,000 itu tetap meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan suami yang menyayangi serta menerima dirinya seadanya.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut menasihati Beby supaya mengendahkan komen-komen negatif tersebut.
Terdahulu, Beby telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Muhammad Hafis Al Hafus Johari pada tanggal 11 Mac 2019.
Sumber: Instagram Beby Tora Tora
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Merupakan peranti mercu paling berkuasa dalam sejarah syarikat pembekal alat telekomunikasi, HUAWEI, HUAWEI Mate40 Pro dikatakan sarat dengan ciri-ciri yang mengagumkan serta melangkaui era inovasi.
Apa yang lebih membanggakan apabila HUAWEI Mate40 Pro baru-baru ini telah pun dianugerahkan sebagai telefon pintar yang mempunyai ciri paling lengkap bagi tahun 2020.
Tetapi adakah ini mencukupi untuk menjadikannya sebagai peranti anda yang seterusnya? Di bawah ini kami senaraikan 6 perkara yang kami rasakan menarik mengenai peranti ini.
Tahukah anda, HUAWEI Mate40 Pro mempunyai ciri yang sangat menonjol dan merupakan telefon pintar yang memiliki ‘Best Performing Chipset’.
Peranti ini dikuasakan dengan Kirin 9000 Series yang menyokong penuh dan bersesuaian dengan rangkaian 5G yang mampu untuk mengawal penggunaan pengkomputeran yang berlebihan serta melakukan perlbagai pekerjaan dalam sesuatu masa.
Sekiranya anda bekerja dalam bidang profesional, sudah tentu anda tidak mahu merasai pengalaman menggunakan sistem yang lapuk dan menghalang anda untuk terus melakukan kerja dengan efektif dan efisien. Walaupun hanya dilengkapi dengan cip yang sangat nipis, namun kuasanya tidak perlu diragukan lagi.
Bayangkan pula jika anda merupakan seorang ‘gamers’, sudah pasti anda mencari peranti yang memiliki kadar ‘refresh’ yang tinggi untuk telefon pintar anda yang seterusnya. Kini, HUAWEI Mate40 Pro ada solusinya.
Telefon pintar ini memiliki kadar ‘refresh’ sehingga 90Hz serta menawarkan skrin 2K dan kadar hayat bateri yang sangat tinggi. Ia seterusnya menandingi telefon pintar flagship lain yang ada di pasaran pada ketika ini.
2. Kamera
Dalam pada itu, kamera HUAWEI Mate40 Pro turut memberi jaminan foto-foto anda akan kelihatan sangat menawan seolah-olah diambil oleh golongan profesional. Telefon pintar ini dilengkapi dengan ciri Triple Camera Setup: Periscope Telephoto Camera untuk menyokong 10 kali ganda ‘hybrid zoom’, Ultra-Wide Cine Camera yang menawarkan pemandangan yang lebih luas, menambah baik prestasi cahaya rendah dan distortion correction algorithms.
Telefon pintar ini juga mempunyai ciri Ultra Vision Selfie Camera untuk kegunaan selfie dan video untuk mencapai tahap ketinggian terbaik dengan sokongan ‘4K capture’ dan pilihan untuk merakam melalui 3 jenis pandangan antaranya dari up close dan personal ke ultra-wide. Jadi, anda tidak perlu risau untuk merakam gambar yang sangat jauh dan sudah tentu hasil akhirnya tidak akan kabur. Tidak kiralah sejauh mana pun kedudukan objek tersebut, anda akan tetap mendapatkan hasil berdefinasi tinggi.
Malah, peranti ini juga memastikan anda untuk tidak perlu berbelanja lebih untuk membeli peralatan lain seperti stabiliser memandangkan HUAWEI Mate40 Pro telah pun dilengkapi dengan AI Video Stabiliser bagi memastikan video anda berada ditahap kestabilan yang tinggi.
Nak buat vlog? Tak jadi masalah. Gunakan sahaja ciri Story Creator HUAWEI Mate40 Pro dan jadi lebih kreatif dengan produk HUAWEI Ecosystem, bagi meningkatkan lagi tahap kreativiti anda. HUAWEI juga akan memastikan setiap momen-momen terindah akan dibawa dalam kehidupan sebenar.
Sementara itu, HUAWEI Mate40 Pro turut memiliki saiz bateri yang berkuasa tinggi bersesuaian dengan peranti bersaiz ringan. Dengan kapasiti bateri berjumlah 4400mAh, peranti ini turut menyokong pengecasan pantas berwayar 66W dipadankan dengan pengecasan nirwayar 50W.
Bukan sahaja dapat memudahkan urusan harian anda, telefon pintar ini juga akan memberikan kepuasan dengan memiliki bateri penuh dalam tempoh masa yang singkat. Luangkan masa sebentar untuk pengecasan dan anda boleh menggunakannya sepanjang hari.
4. Gaya
HUAWEI Mate40 Pro mempunyai reka bentuk yang bergaya namun tetap mengekalkan ciri premium. Telefon pintar ini dapat digenggam dengan mudah dan seterusnya memberikan pengalaman yang selesa bila menggunakannya. Telefon pintar ini turut dilengkapi stereo Berkembar yang seterusnya mencipta bunyi menerusi ‘super bass stereo’.
Pada masa sama, HUAWEI Mate40 Pro turut mampu mengikuti apa sahaja aktiviti yang anda lakukan tidak kiralah ketika bersukan atau pun melakukan aktiviti-aktiviti lasak. Telefon pintar ini dilindungi dengan penilaian IP68 iaitu kalis air dan juga habuk.
5. Sistem Pemprosesan EMUI 11
Kalau telefon dah canggih, sistem pemprosesan juga mestilah kena canggih juga. Betul tak? Bagi mengekalkan telefon pintar ini pada tahap yang terbaik, HUAWEI Mate40 Pro dilengkapi dengan sisitem pemprosesan EMUI 11.
Kawalan gestur pada HUAWEI Mate40 Pro kini dipertingkatkan dengan kemampuan membuka kekunci pada skrin tanpa sebarang sentuhan. Malahan tahun ini pengguna boleh mengubah tahap kelantangan audio dengan menggunakan mata. Sebagai contoh apabila ia diletakkan pada permukaan meja dan kemudian pengguna memandang peranti, skrin akan hidup secara automatik. Sistem ini diberi nama Eye On Display.
Anda juga berpeluang merasai pengalaman dunia baru dengan menggunakan interaksi AI tanpa sentuh. Hanya gerakkan jari anda ke atas atau bawah sekiranya anda ingin melihat pada ruangan photo atau menyelak halaman di e -book. Anda juga boleh membuat pergerakan menggenggam sekiranya ingin melakukan ‘screenshot’ secara pantas manakala untuk menjawab panggilan pula, anda hanya perlu mendekatkan tapak tangan pada skrin. Mudah bukan? Jadi, anda tidak perlu risau lagi sekiranya tangan anda kotor. Kawal sahaja menggunakan mata.
6.Multi Screen Collaboration
Pada kali ini, pihak HUAWEI telah menambah baik ciri Multi Screen Collaboration di mana pengguna boleh mengakses kandungan telefon terus dari dalam komputer riba keluaran Huawei. Mereka juga boleh melancarkan sehingga tiga aplikasi yang dipasang pada telefon di dalam komputer riba Huawei secara serentak.
Sambil anda membuat kerja, anda juga boleh menonton progrmam kegemaran anda secara serentak. Balas email pun boleh juga. Mesti tak boring punya. Malah, sekiranya komputer riba anda kehabisan bateri, anda boleh gunakan Smart Multi-window pada HUAWEI Mate40 Pro anda.
Dalam pada itu, anda juga disarankan utuk tidak melepaskan peluang untuk merasai perisian komunikasi baru yang diberi nama MeeTime daripada HUAWEI. Perisian baru ini akan melancarkan segala panggilan telefon termasuklah panggilan video. Malah dengan HUAWEI Notepad dapat mengenal pasti text seterusnya memudahkan anda untuk berkongsi pesanan tersebut kepada orang lain.
HUAWEI Mobile Services (HMS)
Saban tahun, ciri HUAWEI Mobile Services (HMS) akan dipertingkatkan bagi memudahkan urusan manusia bila menggunakan aplikasi pintar. Apa sahaja yang Google ada, HUAWEI juga bole berikan yang terbaik. Dalam sesetengah hal, HUAWEI juga mampu melakukan yang lebih baik terutamanya ketika memberikan ganjaran atau pengalaman yang berharga kepada pengguna.
Sementara itu, HUAWEI turut melancarkan servis pembayaran secara atas talian iaitu HUAWEI Pay. Sekarang pengguna boleh melakukan transaksi secara selamat dengan hanya satu sentuh. Anda hanya perlu sambungkan pautan kad kredit ICBC UnionPay. Manakala kad debit, kad prapayar dan e-wallet juga akan boleh diakses menerusi HUAWEI Pay dalam masa terdekat.
Selain daripada HUAWEI AppGalery dan HUAWEI Pay, jenama ini juga turut memperkenalkan beberapa lagi aplikasi baru antaranya Petals Maps dan HUAWEI Docs. Sebagai pengguna HUAWEI Mate40 Pro, anda akan mendapat tambahan 500GB HUAWEI Cloud Storage untuk 12 bulan, tiga bulan untuk akses video VIP, baucar bernilai RM40 untuk HUAWEI Books dan banyak lagi.
HUAWEI Mate40 Pro boleh didapati pada harga RM4,299 dengan Freebies bernilai sehingga RM3,300 termasuklah HUAWEI Sound X yang bernilai RM1,299 (terhad kepada 1000 unit sahaja. Siapa cepat dia dapat) akan mula dijual pada 12.12.2020. Ianya boleh didapati website rasmi HUAWEI, shop.HUAWEI.com/my, HUAWEI Experience Stores dan beberapa syarikat telko lain juga. Telefon pintar ini juga boleh didapati di aplikasi Lazada menerusi pautan ini:
Sebuhungan itu, HUAWEI kini sedang menjalankan kempen Better Together. Dari sekarang sehingga 3 Januari 2021, pengguna bertuah HUAWEI berpeluang untuk memenangi hadiah berjumlah RM300,000 manakala seorang peserta paling bertuah, mereka berkemungkinan akan membawa pulang kereta baru Proton X50.
Untuk pengetahuan anada juga, HUAWEI Y7a merupakan satu-satunya telefon pintar yang menyokong penuh sistem pengecasan 22.5W SuperCharge pada harga serendah RM799. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai telefon pintar HUAWEI Y7a, lihat sahaja pada pautan yang kami sediakan ini:
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan ahli perniagaan, Mawar Rashid mengumumkan bakal bersalin anak perempuan tidak lama lagi.
Berita gembira itu dikongsikan finalis Dewi Remaja 2015 ini menerusi sebuah video yang dimuat naik menerusi YouTube, hari ini.
Dijangka bakal melahirkan zuriat keduanya pertengahan bulan hadapan, video majlis Baby Gender Reveal Mawar yang diadakan di The Penthouse, KLCC itu turut dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekatnya dan suami, Raf Yaakob.
“Ya Allah, Kau permudahkanlah isterku supaya mudah bersalin Ya Allah.
“Dan kau kurniakanlah bayi dalam kandungan ini Ya Allah, kandungan yang sihat, sempurna akal, mental dan fizikalnya,” titipan doa yang dibaca Raff buat isteri dan anak yang bakal lahir tidak lama lagi.
Terdahulu, pasangan ini telah dikurniakan cahaya mata sulung, Raden Muhammad Rafael yang kini berusia setahun sembilan bulan.
Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada November 2017.
Raf sebelum ini turut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela hasil perkahwinannya yang terdahulu.
Foto: Instagram, YouTube Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyerang muda JDT, Muhammad Syafiq Ahmad, telibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Sungai Bakap, awal pagi tadi.
Kejadian berlaku apabila kenderaannya dipercayai terbabas sendiri dan melanggar pembahagi jalan yang mengorbankan bayi lelakinya berusia 22 hari dan dua wanita, Zainab Wahab, 45 tahun, difahamkan ibu mertuanya, dan Titik Sukamti, 30-an.
Muhammad Syafiq, 25 tahun, dan seorang lagi anak perempuannya, Aaira Nur Saffiyya, 2 tahun, cedera ringan namun isterinya, Nur Amalina Nur Ain, 25 tahun, dilaporkan cedera parah, memetik laporan Awani.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira jam 5.36 pagi dan tiba di lokasi kurang 10 minit kemudian.
Sebaik tiba, pihaknya mendapati sebuah kereta pelbagai guna jenis Toyota Vellfire berwarna hitam remuk teruk selepas dipercayai terbabas sendiri dan melanggar pembahagi jalan.
“Terdapat enam mangsa iaitu tiga dalam keadaan selamat manakala tiga lagi tersepit di dalam kenderaan itu.
“Pasukan bomba dengan PPE lengkap kemudian membuat kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas,” katanya dalam satu kenyataan.
“Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan kira-kira jam 6.10 pagi.
“Tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Sumber/Foto : Awani/Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang & Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Guru Matematik yang mencuri perhatian di media sosial, Sir Race tampil dengan kejutan istimewa sempena Aidilfitri tahun ini apabila melancarkan lagu raya, Bah Selamat...