Ads

“Mungkin Perjalanan Dulu Tak Ada Kesedaran Untuk Lebih Maju Ke Hadapan,”- Lan Solo

Penyanyi, Lan Solo menyifatkan krisisnya bersama kumpulan Kristal sebelum ini telah membuka lembaran baru bagi mereka untuk terus ke hadapan.

Memetik laporan Mstar, bekas vokalist Kristal itu mengakui perkara tersebut telah memberi impak yang positif kepada kedua-dua belah pihak.

“Kadang-kadang benda ini jadi memberi impak yang positif pada kami. Sebab mungkin perjalanan dahulu tak ada kesedaran untuk lebih maju ke hadapan.

 

“Apabila perkara itu berlaku, masing-masing memberi kesedaran positif itu,” katanya

Tambah Lan, dia menganggap perkara seperti ini berlaku mungkin disebabkan tiada kesedaran daripada kedua-dua belah pihak untuk lebih maju ke hadapan.

Ads

Terus ditanya mengenai vokalist terbaru kumpulan Kristal, Lan hanya mendoakan yang terbaik buat kumpulan yang pernah dianggotainya sejak 19 tahun yang lalu.

Ads

“Saya hanya mendoakan yang terbaik untuk Kristal. Harap projek mereka boleh memberi satu impak yang positif untuk band.

 

“Semoga maju jaya buat mereka,” katanya lagi

Terdahulu, Lan memutuskan untuk mengundur diri daripada Kristal selepas pemain guitar kumpulan tersebut bertindak merehatkan Lan kerana mahu mencari vokalist baru.

Ads

Semoga maju jaya diucapkan kepada Lan Solo dan  juga Kristal.

Foto: Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Rocketfuel Lancar 7 Lagu Raya Baharu Dalam 1 ‘Universe’! Tampilkan Alpha,...

Bersempena sambutan Syawal tahun ini, Rocketfuel Entertainment (RFE) tampil memeriahkan musim perayaan dengan memperkenalkan tujuh lagu raya baharu yang hadir dengan pelbagai warna muzik, emosi dan penceritaan.
error: Hello. Cannot.