Categories: Berita Hiburan

“Mungkin Ini Rezeki Saya…,” – Syaiful Zero Jawab Komen Tak Layak Jadi Duyung Jantan, Hampir Lemas Waktu Penggambaran

Share

Pelakon dan pelawak, Syaiful Zero berkongsi detik cemas apabila mendedahkan dirinya hampir lemas ketika membawakan watak duyung jantan, Hamlau di dalam filem Duyung: Lagenda Aurora.

Menurut Syaiful, watak ini sememangnya menguji ketahanan mental dan fizikal lebih-lebih lagi apabila terpaksa memakai kostum yang agak berat.

“Membawa watak Duyung ini memang sangat susah dan berat. Jika di darat, kostum Duyung itu beratnya mungkin dalam lima kilogram. Bila dalam air, beratnya seperti 25 kilogram.

“Ketika saya menjalani penggambaran di Pulau Paya, Langkawi, saya hampir lemas. Nasib baik ada pasukan penyelam penyelamat. Kalau tidak, tak tahulah apa nasib saya.

“Disebabkan insiden itu, kita penggambaran juga terpaksa berhenti seketika. Kulit saya pun banyak menggelupas,” katanya kepada MH.

Anggota kumpulan lawak Zero itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana Duyung: Lagenda Aurora, baru-baru ini.

Katanya lagi, meskipun dirinya sudah terbiasa dengan kehidupan di laut namun, dia terpaksa menyesuaikan diri untuk berenang dengan memakai kostum duyung.

“Kalau ikutkan, saya memang sudah terbiasa dengan situasi di laut. Kalau tak pakai kostum itu, saya boleh menyelam agak lama.

“Sebelum mula penggambaran, saya memang ada jalani latihan tapi tempohnya hanya sekejap sajaha. Latihan di kolam dan laut sangat berbeza. Di laut rasanya lebih berat.

“Walau apapun yang berlaku, saya tetap mencuba menjayakan watak ini dengan baik untuk penonton dan peminat-peminat Zero,” kongsinya lagi.

Terima Tunjuk Ajar Stuntman

Dalam masa sama, Syaiful juga enggan mengambil pusing tanggapan segelintir pihak yang merasakan dia tidak layak untuk membawakan watak duyung itu.

“Bagi saya, mungkin ini memang sudah menjadi rezeki saya untuk mendapat watak Hamlau ini. Saya tahu ramai juga pelakon yang mahukan watak ini.

“Mungkin pengarah mahukan pelakon yang memang asalnya hidup di tepi laut. Rumah kami memang di tepi pantai. Jadi, saya ada pengalaman yang luas di lautan.

“Lagipun, kumpulan Zero sudah lama bekerjasama dengan Prof. Razak. Rasanya sudah hampir lima tahun. Ini adalah filem kelima kami bersama,” kongsinya lagi.

Mengulas lanjut mengenai babak-babak aksi, Syaiful memaklumkan dirinya banyak mendapat tunjuk ajar daripada para stuntman.

“Saya hanya mengikut koreografi yang telah ditetapkan oleh pengarah. Malah adegan-adegan aksi juga ada mendapat tunjuk ajar daripada stuntman.

“Dahulu saya ada belar silat sikit-sikit,” akhirinya.

Filem Duyung: Lagenda Aurora sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh negra bermula semalam.

Selain Syaiful, filem ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Anna Jobling, Maya Karin, Saiful Apek, Ayie Floor 88 dan ramai lagi.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
Aizam Manaf