Penyanyi yang bakal mengadakan konsert solo pertamanya selepas tiga dekad pada 18 Disember depan, Datuk Nora Ariffin tampil berkongsi mengenai perjalanannya dalam dunia seni hiburan tanah air, kira-kira 33 tahun yang lalu.
Berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram, penyanyi lagu Sandiwara itu mendedahkan pada awal kemunculan, dia hanya gadis dari Kelantan berusia 18 yang datang ke Kuala Lumpur demi mencapai cita-citanya.
“Bintang HMI 1991, throwback 33 tahun yang lalu. Geli hati bila tengok budak ni. Umur 18 tahun dari Kelantan ke Kuala Lumpur. Bercita-cita nak jadi penyanyi dan penghibur seperti Anita Sarawak dan Sudirman.
“Bermula dari album pertama Sandiwara, setiap tahun arwah Johan plan untuk organise konsert solo Nora. Namun hasrat arwah tidak pernah kesampaian hingga ke penghujungnya,” kongsi Nora.
Dia bagaimanapun bersyukur apabila impian tersebut bakal direalisasikan hasil usaha ramai pihak.
“Saya tidak pernah berputus asa. Malah sentiasa mencuba. Syukur hanya selepas 30 tahun baru ada peluang utk adakan konsert solo.
“Terima kasih MCV (My Creative Ventures) di atas bantuan sokongan ini.Terima kasih team JNSB, AE, Jennifer Thomson dan Aubrey Suwito kerana sudi bantu.
Ads
“Sebagai artis yang bukan lagi main stream, bukan mudah untuk saya organise sebuah konsert, mencari dana yang banyak dan membuat promosi.
“Kena bersaing dengan nama-nama besar, kena pastikan tiket dijual dan banyak lagi kekangan yang harus dihadapi.
“Tapi dengan berbekalkan semangat perjuangan arwah Johan selama ini, show must go on,” luahnya lagi.
Nora turut optimis untuk melakar sukses tersendiri sekaligus mahu memahat memori indah sepanjang penglibatan dalam dunia nyanyian.
“Mungkin ini peluang terakhir saya. Moga ada rezeki untuk saya. Moga ini akan jadi sejarah dalam kerjaya saya, meninggalkan kenangan manis untuk peminat dan legasi saya.
“Namun andai Allah tak izin, saya redha,” kongsinya lagi.
Ads
Menerusi persembahan berdurasi dua jam itu, Nora akan menyampaikan sebanyak 17 buah lagu popular dan malar segar daripada 18 buah album yang pernah dihasilkan.
Antaranya Di Persimpangan Dilema, Naluri (Hadirlah Kekasih), Menyemai Cinta Bersamamu, Jentayu dan banyak lagi.
Konsert ‘Hanya Satu: Datuk Nora Ariffin (30 Years Journey)’ itu juga bakal diadakan segmen khas ‘Tribute to Johan Nawawi’ sebagai penghormatan kepada Allahyarham suami yang menjadi tonggak kejayaan dalam kerjayanya sebagai penyanyi.
Tiket konsert boleh didapati di wwww.onetix.com.my pada harga RM108 hingga RM518, dibawa khas oleh syarikat Nora, Johan Nawawi Sdn Bhd dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Kumpulan MyCreative Ventures.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Iman Troye, sering menjadi bualan kerana kulitnya yang cantik dan berseri. Malah, ramai dikalangan para peminat, khususnya wanita mengidamkan kulit yang sehalus dan secerah beliau.
Tidak lokek berkongsi rahsia kecantikannya, penyanyi lagu ini memberi 10 rahsia dan tip bagaimana dia menjaga penampilan dirinya.
1. Tidur Dan Rehat Yang Cukup
– 6-8 jam sehari
– Supaya muka kekal fresh, tidak lesu dan sembab
– Elak stress & boleh merangsang kecantikan
2. Minum air yang cukup
– 1.5-3 liter per day
– Hydration, kunci utama untuk kulit yang segar dan sihat
– Boleh sebabkan tumbuh jerawat dan keluarkan minyak walaupun kulit kita kering
3. Mengenalpasti jenis kulit
– Ada dry, normal & oily
– Supaya kita boleh guna product yang sesuai dekat jenis kulit
– Kita akan lebih peka dan berhati hati dalam pemilihan product
– Jangan ikut trend atau orang, kulit kita semua berbeza
4. Guna Sunscreen
– Sunscreen sangat penting dalam hidupan harian
– Bukan setakat pakai di pantai atau masa beriadah sahaja. Ketika kerja ataupun di mana mana sahaja, penggunaan sunscreen adalah penting.
– Boleh elakkan kedutan dan tanda hitam bekas jerawat
5. Elakkan Tidur Ketika Pakai Makeup & Muka Berminyak
– Gunakan cleanser yang sesuai dengan jenis kulit
– Pilih yang ada PH di antara 4.5-7.0
– Elakkan pilih yang mengandungi sulphates
– Salah satu penyebab kulit muka rosak & jerawat mudah tumbuh
6. Pakai Night Cream / Buat Skin Care Routine Sebelum Tidur
– Ini akan dapat manjakan kulit
– Kuit rasa lebih fresh
– Membantu jaga kulit dari dalam, kerana ketika tidur, kerana kulit melalui process detoxification
– Mengurangkan proses dan merawat pertumbuhan jerawat
7. Scrub Muka
– Lakukan dua kali seminggu
– Jangan lakukan setiap hari, kerana kulit boleh jadi kering dan rosak
– Bagi yang memiliki kulit sensitive, gunakan scrub yang lebih lembut
8. Pemilihan Jenis Makeup Juga Penting
– Avoid using oil-based foundation as it will clog pores and be a cause of acne
9. Tukar Sarung Bantal Setiap Minggu
– Minyak dari rambut dan muka akan serap ke muka kita dan menyebabkan muka akan senang tumbuh jerawat dan tidak bersih
10. Jangan Picit Jerawat
– Elakkan menyentuh kulit muka dengan jari atau tangan kita sendiri kerana tangan kita banyak bakteria
– Daripada picit lebih baik rawat jerawat dengan produk yang sesuai dengan jenis kulit kita
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari REMAJA
Pelakon dan penyanyi popular, Elly Mazlein nengakui ingin memberikan yang terbaik buat anak tunggalnya, Putri Sara Sefhia bersama peminat.
Jelas bintang drama bersiri Kampung People ini, dia sebolehnya mahu melihat anak perempuanya itu sentiasa gembira dan ceria.
“Esk kwn manja nak dtg ..walaupun tetamu si anak kecil, preparation tetap kena yg terbaik .. mahal murah bkn ukuran ..
“Yg pasti, tetamu harus dimuliakn ..lebih2 lg kita sebgi Tuan rumah yg ajak.
“Mmg Manja excited sgt nak jmpa kwn dia .. plan mcm2 nak buat esk dgn kwn ..
“Papa mama lg la excited ,gigih kluar bli keperluan utk manja esk .. semoga manja happy esk ya sayang ..Atok, papa, mama sayang manja sgt,” tulis Elly yang mesra disapa Kak Lina ini.
Mejengah di ruangan komen, rata-rata peminat memuji sikap keibuan yang dimiliki oleh Elly dalam memberikan kasih sayang terhadap anaknya.
Terdahulu, Elly pernah mendirikan rumah bersama pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia, 4 tahun namun mereka bercerai pada 15 Oktober 2015.
Kini, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi telah sah bergelar isteri kepada Mohamad Azlan pada 18 Januari lalu di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Selesai menunaikan fardhu haji buat kali kedua beberapa minggu lalu, Neelofa mengakui pemergiaannya ke tanah suci kali ini penuh makna, apatah lagi turut disertai oleh ibu tercinta serta dua adik lelakinya.
Malah, hos MeleTop ini tidak menafikan pelbagai pengalaman menarik telah dihadapi mereka sekeluarga sepanjang menunaikan ibadah haji.
Neelofa bagaimanapun reda dan menyifatkan apa sahaja situasi yang berlaku adalah sebagai antara ujian dari Tuhan buat hambaNya.
“Cabaran saya Allah duga ketika kami sekeluarga mahu pulang ke tanah air. Apapun, banyak perkara hal menarik yang boleh dikongsikan, tetapi apa yang saya ingin beritahu adalah kesusahan yang dihadapi ketika ingin memasuki balai berlepas dan imigresen.
“Kami ‘direject’ empat kali. Untuk tempoh lebih kurang hampir tiga jam, saya terpaksa berulang alik dalam keadaan yang sesak. Kemudian, saya mengambil teksi untuk ke terminal haji, iaitu kira-kira 20 minit dari terminal antarabangsa.
“Bila sudah berada di sana selama tiga jam, apabila mahu berlepas, pihak mereka meminta saya untuk mengambil ‘shuttle bus’ dan pergi balik ke terminal yang asal.
“Tiba-tiba bila dalam perjalanan dalam bas sekitar 30 minit, mereka memberitahu untuk kembali ke terminal sebelumnya kerana kapal terbang menghadapi masalah penerbangan dan terpaksa tunggu lagi sejam,” katanya kepada MH.
Ujarnya lagi, dia juga sudah mengalami sakit badan, kesan dari Influenza yang dialami.
“Jadi saya kembali ke terminat terdahulu untuk sejam, naik balik ‘shuttle bus’ untuk kali yang kedua dan pergi balik terminal sama untuk kali ketiga. Saya pula pada ketika itu dalam keadaan yang menggeletar dan tidak sedap badan kerana virus mulai menyerang.
“Jadi dalam keadaan saya di lapangan terbang yang agak mencabar itu, saya dalam keadaan berselimut dengan sejadah saja, guna apa adanya saja.
“Ia sungguh sukar dan begitu mencabar bagi saya. Tetapi saya dan keluarga tidak berkata apa-apa kerana kami reda, Dia sudah berikan yang terbaik sepanjang tunai haji.
“Kita perlu reda atas ujian yang diberikan,” katanya yang kini berada di Amerika Syarikat bagi memenuhi undangan beberapa jenama fesyen di sana bersempena dengan Minggu Fesyen New York.
Selepas sekian lama tidak muncul di kaca televisyen, pelakon veteran Dharma Harun mengakui hatinya cukup terharu apabila dapat kembali menjejakkan kaki ke set penggambaran.
Seakan...