Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat tidak menafikan statusnya sebagai isteri dan ibu akan mempengaruhi setiap pemilihan naskah yang akan ditawarkan kepadanya selepas ini.
Menurut Ayda, dia merasakan zamannya untuk melakonkan babak-babak mesra atau bersentuhan dengan pelakon lelaki sudah pun berakhir.
Katanya lagi, industri lakonan masa kini sebenarnya boleh bergerak ke satu tahap yang baru tanpa bergantung kepada babak mesra atau melampau.
“Secara jujurnya memang betul. Walaupun saya merupakan seorang pelakon, bila kita dah perlahan-lahan memegang tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu, rasanya saya sudah tak perlu lagi cerita-cerita cinta yang kena berpegangan tangan atau bertepuk tampar dengan hero.
“Bagi saya, zaman itu sudah berlalu. Saya juga punyai tanggungjawab untuk mendidik para peminat dan penonton yang kita ini ada banyak lagi karya-karya lain yang tidak memerlukan babak mesra atau romantis. Kita boleh buat semua itu.
“Kita ambil contoh filem atau drama Korea, mereka tak perlu pun babak-babak macam tu tapi karya mereka tetap mampu membuatkan kita tersenyum dan rasa jatuh cinta. Kita juga kena bergerak ke arah yang sama,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Parah itu berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media program Awesome Raja Lawak baru-baru ini.
Ads
Isteri kepada pengacara, Nabil Mahir ini turut menambah, dia kini bukan sahaja harus menjaga nama baik diri sendiri tetapi juga suami dan seluruh ahli keluarga.
“Pada saya, berlakon ini bukan setakat nak kejar viral sahaja. Sebabkan nak popularkan karya, pelakon itu perlu bercinta atau pun adakan gimik. Bagi saya, gimik itu tidak salah, tapi jangan melampau sampai viral.
“Zaman itu sudah berlalu. Saya dah berlakon lebih kurang 11 tahun. Cukup-cukuplah. Sekarang ini saya bukan hanya bawa nama Ayda Jebat sahaja. Saya bawa juga nama suami dan keluarga. Malu la,” ujarnya lagi.
Ads
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut memberitahu, sebagai seorang selebriti, dia harus menunjukkan contoh yang terbaik buat masyarakat.
“Kadang-kadang, bila kita tengok pelakon yang dah berkahwin, bila mereka buat aksi-aksi yang tak sepatutnya atau melampau, saya jadi tertanya-tanya, macam mana pasangan kamu boleh terima?
Ads
“Saya juga sifatkan perkara itu seperti ‘penderaan minda’ buat para peminat. Bila mereka tengok lakonan yang melampau, kita tak rasa bersalah ke? Mereka anggap kita ini seperti idola tapi kita pula melakukan hal yang janggal.
“Kita kena anggap diri kita sebagai contoh teladan buat orang-orang di luar sana. Mungkin dulu saya tak bagus atau tak baik. Malah, orang luar boleh berkata kenapa dulu saya tak macam tu?
“Jawapan saya, perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi selepas ini. No more,” akhirinya.
Terdahulu, pada acara tersebut, Ayda telah diperkenalkan sebagai salah seorang juri bagi program Awesome Raja Lawak dan akan bergandingan bersama pelakon, Khir Rahman dan pelawak lagenda, Saiful Apek.
Awesome Raja Lawak bakal bersiaran secara lansung di Studio FINAS, Hulu Kelang dan diturut disiarkan di Awesome TV pada setiap Rabu jam 9 malam mulai 7 September ini.
Tarikh 27 Mac hari ini genap menandakan sudah dua tahun pengacara dan usahawan popular Neelofa Mohd Noor bergelar isteri kepada pendakwah bebas, Pu Riz.
Mengabadikan ulang tahun kedua perkahwinan mereka, Neelofa, 34, memuat naik beberapa foto majlis perkahwinannya yang pernah digelar ‘Wedding of the Year 2021’ di laman Instagram miliknya.
Menulis kapsyen ringkas, “27.3.2021, may this love be blessed till jannah”, posting Neelofa itu menarik perhatian ramai yang sentiasa mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rakan artis dan netizen tidak ketinggalan memberikan ucapan sempena ulang tahun perkahwinan Neelofa dan Pu Riz atau nama sebenar, Haris Ismail.
Pelakon Thor dan Hobbs & Shaw, Idris Elba mendedahkan dirinya dikuarantin selepas didapati positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan bintang British itu menerusi Twitter, pada Isnin.
Bagaimanapun, pelakon berusia 47 tahun itu mendakwa, dia tidak mengalami sebarang simptom namun dikuarantin selepas dipercayai terdedah kepada wabak tersebut.
This morning I tested positive for Covid 19. I feel ok, I have no symptoms so far but have been isolated since I found out about my possible exposure to the virus. Stay home people and be pragmatic. I will keep you updated on how I’m doing 👊🏾👊🏾 No panic. pic.twitter.com/Lg7HVMZglZ
“Pagi ini saya telah disahkan positif Covid-19. Saya rasa okay. Saya tidak ada simptom setakat ini, tetapi perlu diasingkan selepas mendapati kemungkinan saya terdedah kepada virus berkenaan.
“Untuk semua, duduk sahaja di rumah dan jadi pragmatik,” katanya.
Elba juga akan sentiasa memaklumkan perkembangan dirinya dari semasa ke semasa.
“Saya akan kongsikan perkembangan terkini diri saya. Usah panik,” jelasnya lagi.
Pada perkongsian itu, Idris memuat naik video bersama isterinya, Sabrina.
Sehingga kini, video pendek yang dikongsikannya telah pun ditonton hampir 20 juta kali.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pengarah Azharina Entertainment, Azharina Azhar telah dipilih sebagai salah seorang panelis bagi 1st ASEAN Women’s Conference on Best Practices yang berlangsung di...