Categories: Uncategorized

Mungkin Ayda Jebat Kecewa, Pihak Pengurusan Cuba Memahami…

Share

Baru-baru ini kecoh tentang Ayda Jebat dikatakan tidak berpuas hati lagu Mata tidak terpilih untuk ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32)

Dan lebih mengejutkan apabila Ayda dengan terbuka menyuarakan pendapatnya mengenai keputusan para juri di ruangan komen di Instagram hingga mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai.

Memetik laporan portal Sinar Harian, pihak pengurusan Ayda, Paranormal Talents berkata, mereka amat memahami perasaan Ayda yang mungkin kecewa memandangkan dirinya sudah memberikan komitmen yang sangat tinggi untuk menjayakan lagu singlenya di pentas Separuh Akhir AJL32.

Namun, Pengasas Paranormal Talents, Prashan Chitty atau lebih dikenali dengan nama Melaka Boy, memberitahu pada waktu ini dia masih belum berkesempatan untuk berbincang tentang isu ini.

Bagaimanapun, pihak pengurusannya juga turut memahami perasaan penyanyi yang mungkin kecewa setelah memberi komitmen yang tinggi.

Malah mereka juga tidak dapat mengulas panjang kerana perlu memahami terlebih dahulu situasi yang berlaku sebelum memberikan komen secara lebih terperinci.

Bagi MH, kami faham perasaan Ayda sewaktu ini mana tidaknya, setelah penat lelah berhempas pulas untuk dapatkan persembahan terbaik tiba-tiba tidak terpilih. Siapa yang tidak sedih bukan?

Lebih-lebih lagi MH lihat pada malam itu, Ayda lengkap dengan skil tarian dan kostum yang memukau.

Tetapi apapun MH memang suka layan lagu Mata! Nah MH belanja korang lagu yang telah menjadi perbulan hangat netizen minggu ini.

Sumber : Sinar Harian

IKLAN