Ads

“Mungkin Allah Kasihankan Saya…,” – Nazim Othman Sebak, Anggap Kemenangan Sinar Di Hujung Terowong

Pelakon, Nazim Othman tidak dapat menahan sebak sewaktu bertemu pihak media selepas namanya diumumkan sebagai pemenang Aktor Pembantu TV Popular di Anugerah Bintang Popular ke-37 (ABP37), baru-baru ini.

Menurut Nazim, kemenangan tersebut disifatkan sebagai satu momen yang istimewa, lebih-lebih lagi selepas dia melalui pelbagai ujian dari segi mental dan fizikal sepanjang tahun ini.

“Mungkin Allah Kasihankan Saya…,” – Nazim Othman Sebak, Anggap Kemenangan Sinar Di Hujung Terowong

Sinar Selepas Ujian Panjang

“Kemenangan ini sangat menyentuh emosi saya secara peribadi. Sepanjang lebih dua dekad bergelar anak seni, perjalanan pada tahun 2025 ini memang agak luar biasa.

“Jika bercakap soal simbolik, kemenangan ini diibaratkan seperti satu cahaya indah di hujung terowong kelam yang saya lalui sepanjang tahun ini.

“Hanya Allah sahaja yang tahu. Kerana itu juga saya agak emosi. Bagi orang lain, saya tak tahu sebesar mana makna trofi ini buat mereka.

“Pada saya pula, mungkin Allah kasihankan saya. Kita tak tahu ujian yang orang lain terpaksa tempuhi di belakang tabir. Saya rasa ada pergolakan yang berlaku di dalam hidup dan kerjaya saya.

Ads

“Dikala saya tidak berasa beriya, kemanisan ini dihadirkan buat saya. Saya sangat hargainya,” katanya kepada MH.

Pernah Terfikir Tinggalkan Dunia Lakonan

Dalam masa sama, Nazim mengakui emosi yang dirasainya pada malam tersebut turut berkait rapat dengan luahan hatinya sebelum ini yang pernah terdetik untuk meninggalkan dunia seni.

“Mungkin Allah Kasihankan Saya…,” – Nazim Othman Sebak, Anggap Kemenangan Sinar Di Hujung Terowong

“Memang ia ada kaitan dengan luahan saya sebelum ini. Saya merancang untuk meninggalkan dunia lakonan atau berubah bidang. Saya hanya merancang. Allah juga merancang.

Ads

“Kita tengoklah bagaimana nanti. Selagi saya rasa diperlukan dan dihargai, inshaAllah saya akan terus berada di industri ini. Keberadaan saya di dalam industri ini sudah 20 tahun.

“Ia bukan sekadar ingin mencari duit sahaja tapi saya mahu memberikan impak dan makna. Selama ini, saya selalu bertanya, apakah nilai yang saya berikan kepada orang ramai?

“Saya tak pernah merasakan diri saya sebagai idola masyarakat. Saya punyai banyak kelemahan. Malah, ada banyak faktor lagi yang membuatkan saya rasa seperti mahu menukar bidang,” ujarnya lagi.

Ditanya mengenai fasa kelam dan ujian yang sedang dilaluinya ketika ini, Nazim memilih untuk tidak mengulas lanjut dan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

Ads

“Mungkin Allah Kasihankan Saya…,” – Nazim Othman Sebak, Anggap Kemenangan Sinar Di Hujung Terowong “Mungkin Allah Kasihankan Saya…,” – Nazim Othman Sebak, Anggap Kemenangan Sinar Di Hujung Terowong

“Saya tidak akan kongsikan secara terperinci. Terpulanglah kepada interpretasi setiap individu. Saya sudah tiada rasa lagi. Mereka boleh simpulkan apa sahaja kenyataan daripada saya.

“Saya tak rasa seperti mana zaman saya muda dahulu. Ketika itu, saya cepat melatah. Biarlahlah Allah sahaja yang tahu.

“Walaupun saya bukan orang baik dan punyai banyak dosa, setiap hari saya berdoa agar Allah menjaga saya dan tunjukkanlah saya satu kemanisan agar keberadaan saya dalam bidang ini ada maknanya.

“Kadang kala saya rasa sangat sakit. Adakah orang nampak usaha saya ini,” akhirinya.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Pelakon Dan Pelawak Terkenal, Amy Schumer Sah Berpisah Dengan Suami Selepas...

Pelakon dan pelawak terkenal Hollywood, Amy Schumer, mengesahkan perpisahannya dengan suami, Chris Fischer, selepas lebih tujuh tahun mendirikan rumah tangga.Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh...
error: Hello. Cannot.