Baru-baru ini, resipi minuman kopi yang dikenali sebagai ‘Dalgona Coffee’ telah tular di laman media sosial.
Lalu tidak dinafikan, ada wargamaya yang telah mencuba dan membuat minuman tersebut tidak kira bergelar selebriti atau sebaliknya.
Bagaimanapun, Betty Rahmad ada berkongsi cerita dan pengalaman menikmati kopi viral itu bersama peminatnya.
“Terpengaruh dengan socmed punya pasal haritu terjebak dengan #dalgonacoffee Siapa yang belum try & tak biasa dengan coffee please read this.
Ads
“Nak share experience i haritu lepas minum air viral ni, mula-mula hyper lepas tu jantung laju.
“Bila jantung dah laju macam-macam benda negative dalam kepala dengan situation dunia sekarang.
“Pastu malam susah nak tidur, paranoid sampai rasa ada anxiety. But i thought i was overthinking until i read this.
Ads
“Haiyaaaa sampai harini badan rasa banyak angin! So now i tau punca dia adalah #dalgonacoffee No more!!! Ada tak yang rasa macam i? #sayainsaf #nomoredalgonacoffee,” tulisnya sambil diserta kan dengan foto terkait mengenainya.
Pelakon, Puteri Aishah kini menjalani rawatan dan kuarantin di Hospital Sungai Buloh (HSB), sejak beberapa hari lalu selepas disahkan positif COVID-19.
Pelakon berkenaan disahkan positif COVID-19 pada Selasa lalu, sebaik pulang menjalani penggambaran drama Demi di Inverness, Scotland pada 31 Mac lalu.
Sepanjang menjalani rawatan, bintang filem Pulang itu turut merakamkan rasa kagum apabila Melihat keadaan petugas barisan hadapan mengendalikan pandemik berbahaya itu, petik Berita Harian.
“Saya kagum dengan komitmen yang ditunjukkan petugas barisan hadapan. Mereka bersungguh membendung penularan virus ini. Bayangkan, kita pakai topeng muka pun rimas, apatah lagi mereka yang terpaksa memakai peralatan perlindungan diri (PPE) untuk tempoh lama.
“Bukan itu sahaja, mereka juga mempertaruhkan nyawa dengan tugas berbahaya itu. Saya melihat mereka di depan mata, rasa insaf dalam diri. Jadi, patuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuat kuasa kerajaan.
“Kasihanilah petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus membendung pandemik ini,” katanya.
Mengambil contoh pengalamannya, finalis Pencarian Dewi Remaja 2015 ini turut menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak takut menjalani ujian saringan COVID-19 jika pernah mempunyai kontak dengan individu yang dijangkiti.
“Saya tahu ramai takut menjalani ujian saringan kerana bimbang tak mampu terima kenyataan sekiranya disahkan positif. Lebih baik, kita melakukan pemeriksaan awal daripada menyesal pada kemudian hari.
“Jangan mementingkan diri. Fikirkan juga keselamatan orang sekeliling,” pesannya.
Berkongsi mengenai keadaan terkininya, Puteri Aishah menjelaskan, dia mengalami jangkitan kuman pada paru-paru, tetapi tidak begitu serius.
“Saya dibawa ke HSB untuk dirawat sejak Rabu lalu. Ambulans mengambil saya di rumah. Selepas urusan pendaftaran selesai, saya dibawa ke sebuah bilik yang di dalamnya ada empat katil.
“Bagaimanapun, kami dipisahkan menerusi tirai yang sentiasa ditutup. Keadaan saya sekarang stabil. Saya tak demam, batuk, sesak nafas atau mengalami sebarang gejala lain.
“Cuma, doktor memberitahu saya mengalami jangkitan kuman pada paru-paru,” katanya yang turut sudah menjalani pemeriksaan jantung.
Jika dilihat dari segi fizikal, saya nampak okay sahaja,” akhiri Puteri Aishah.
Sumber: Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sepotong video yang merakamkan figura pelakon senior, Wan Maimunah menitiskan air mata saat menerima kunjungan Ustaz Sheikh Mohammad dan beberapa ustaz muda, beberapa hari lalu di kediaman anak angkatnya di Kota Puteri, Batu Arang, Selangor nyata menyentuh hati ramai.
Bintang televisyen yang kini mencecah usia 67 tahun itu dilihat tidak mampu menahan sebak saat diziarahi.
Memetik Berita Harian, Wan Maimunah menerima bantuan makanan untuk kegunaan harian pada saat seluruh warga di negara ini mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak pandemik COVID-19.
Video perkongsian hati Wan Maimunah itu turut dimaklumkan daripada perkongsian Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin di platform Instagram.
“Saya dihubungi Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin beritahu ada ustaz nak datang.
“Alhamdulillah, terima kasih, rumah ibu jauh, tetapi ustaz tetap sudi datang. Setiap yang baik, Allah membalas dengan kebaikan juga hendaknya,” katanya seperti yang petik.
Sementara itu, Ustaz Sheikh Muhammad turut berharap sumbangannya kepada golongan selebriti tidak diperbesarkan.
Ini kerana dia hanya menjalankan tanggungjawab kecil kepada sebahagian masyarakat yang memerlukan.
“Insan seni seperti ibu (Wan Maimunah) amat dihormati dalam kalangan masyarakat kerana sumbangannya dalam bidang seni. Lakonannya menyampaikan kisah dan teladan kepada manusia lain, besar pengaruhnya.
“Bagi saya, dengan bertanya khabar dan membantu serba sedikit dapat meringankan beban emosi insan seni seperti ibu,” katanya kepada Berita Harian.
Pada masa sama, ustaz tersebut difahamkan turut menyumbang kepada golongan ibu tunggal, anak yatim dan petugas keselamatan dalam tempoh PKP.
Ustaz Sheikh Mohammad bekerjasama dengan WHAM dan rakan artis seperti Zul Yahya dan Azza Elite yang mengenal pasti nama-nama pelakon veteran yang memerlukan bantuan.
Selain Wan Maimunah, Ustaz Sheikh Mohammad dan beberapa sahabat ada mengunjungi Datuk Wazata Zain, Hail Amir, Norlia Ghani, Shima, Sophia Ibrahim, Mak Jah, S Rohani, Mimi Loma, S Mariam, Aripah Damanhuri dan ramai lagi.
Tidak terkecuali, sumbangan yang mula diedarkan sejak awal April ini disampaikan kepada penggiat teater dan kru balik tabir.
“Insya-Allah, bantuan akan diteruskan pada masa hadapan. Semoga usaha kecil ini tidak terhenti di sini,” ujarnya lagi.
A post shared by tengku khalidah (@tengkukhalidah_tengkubidin) on
Sebelum ini, Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT), Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) turut menghulurkan sumbangan.
Sumber/Foto: Berita Harian, Instagram Tengku Khalidah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara yang kini aktif dalam dunia fesyen, Karl Shafek menyifatkan kerjasama bersama kumpulan Alpha sebagai satu kebetulan yang gus mengimbau kenangan tersendiri...