Uncategorized

Muat Naik Luahan Perasaan Di Twitter, Peminat Beri Kata-Kata Semangat Buat Nelydia Dan Keluarga

Share

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul kan? Mungkin itu adalah peribahasa yang sesuai menggambarkan keadaan buat keluarga ‘Senrose’ berikutan isu berkaitan dengan Uqasha Senrose.

MH yakin ramai mengenali Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose yang merupakan adik kepada pelakon tersebut. Sedikit sebanyak, tentulah mereka turut menerima tempias kemelut yang melanda Uqasha kan?

Dalam pemerhatian MH, semalam Nelydia ada memuat naik satu ‘tweet’ di laman Twitter miliknya seolah-olah meluahkan perasaan hatinya.

“I wonder how much of what weighs me down is not mine to carry,” tulisnya.

Sedih pulak MH baca ‘tweet’ Nelydia tu. Pada MH, sebagai seorang adik yang begitu rapat dengan kakaknya, tentulah dia turut terasa dengan isu ini.

Susulan itu, rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat kepada Nelydia, Uqasha dan seluruh keluarga Senrose.

 

Terdahulu, tindakan Uqasha menutup ruangan komen di laman Instagram miliknya menyebabkan netizen menyerang Instagram Nelydia pula.

Tidak cukup itu, netizen turut mengaitkan isu tersebut dengan Nelydia serta mengecamnya pula.

IKLAN