Uncategorized

Mr President? Fathia Latiff Dikecam Lagi

Share

Nampaknya nama pelakon jelita, Fathia Latiff sekali menjadi sebutan. Malah, segala perkembangan pelakon ini seperti diperhatikan netizen dalam setiap langkah.

Umum mengetahui bahawa Fathia merupakan seorang selebriti yang suka berkongsi pendapatnya di laman sosial, Twitter.

Terdahulu, Fathia telah berkongsi dan dihentam netizen kerana tersalah tafsir maksud ‘cashless’ yang disebut oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Terbaru, mengenai insiden banjir di utara tanah air, Pulau Pinang, Fathia telah memuat naik ‘tweet’ di Twitter mengenai ketiadaan Perdana Menteri melawat negeri itu.

Nampaknya Tweet daripada Fathia ini telah menarik perhatian netizen sekali gus menghentamnya dan menganggap aktres itu tiada modal dan hanya mencari publisiti murahan.

Rentetan daripada pelbagai hentaman dan kecaman yang diterima oleh Fathia, dia telah memadam ‘tweet’ yang dikongsi yang telah tersilap menulis Perdana Menteri sebagai ‘Mr President’.

Ekoran statusnya itu, ribuan kecaman terus diterima oleh pelakon drama Ariana Rose walaupun dia telah memadamnya.

Sepatutnya Fathia jika ingin menulis sebarang tweet tak perlulah isu seperti ini yang agak sensitif untuk diulaskan kerana mereka di utara tanah air sedang bersusah payah menghadapi banjir.

MH Online berharap aktres cantik ini tidak lagi dikecam selepas ini.

Sumber: Twitter Fathia Latiff

IKLAN