Baru sahaja netizen nak lupa isu melibatkan suami kepada pelakon Izreen Azminda, Ude Wahid dan bekas isterinya, Intan Liana Saleh tiba-tiba muncul pula perkara baru.

Semalam, Ude ada memuat naik satu luahan perasaan di laman Instagram miliknya dipercayai ditujukan kepada bekas isterinya itu.

“Motiff? Rasanya dah boleh stop dengan permainan ini, tak habis-habis ke post benda poyo ini? nak ajak makcik-makcik bawang buat dosa banyak-banyak.

“Ada lah segelintir yang acah-acah suci takde dosa nak dm dengan caci makian segala bagai. (Yang mungkin baru keluar dari gua pun ada).

“Itu lah, ini lah, kerana apa? Kerana post-post yang mengundang tak berkesudahan ini. Hentikanlah, ni bulan baik tak payah nak mainkan isu ini sangat.

“Makin diam, makin menjadi-jadi pula, saya jarang tegur kat IG tapi dah banyak kali tegur di belakang. Tak faham bahasa je.

“Mungkin dengan cara ini (cara awak) boleh buat awak tu faham ya. Untuk kebaikan semua pihak, dan kepada persatuan bawang Malaysia, sudah-sudah lah tu.

“Cukup–cukup lah, bulan baik ni tak payah maki-maki nak mencabar kesabaran orang. Ada benda yang jauh lebih baik korang boleh buat. Sekian,” tulisnya.

‘Motif? Rasanya Dah Boleh Stop Dengan Permainan Ni, Nak Buat Makcik Bawang Buat Dosa Banyak?’ – Ude Wahid

Ude dilihat memberikan respon terhadap perkongsian Intan di laman media sosial miliknya yang kononnya menyatakan ‘kerinduan’ terhadap bekas suaminya itu.

IKLAN

Bagaimanapun, entri tersebut telah dipadam Ude selepas beberapa jam dimuat naik di laman Instagram.

Namun begitu, Ude kemudian memuat naik satu lagi entri baru yang meminta makcik bawang ‘jaga tepi kain masing-masing’.

“Bawang-bawang dah DM cakap, macam tahu semua benda. Cakap macam duduk sebumbung, cakap macam takda dosa.

“Sekor-sekor macam bomoh tahu serba-serbi, kepada yang cakap baik-baik, terima kash yer. Masih wujud lagi manusia yang bertamadun, beradab, berbudi bahasa.

“Terima kasih atas sokongan, nasihat berguna. Selamat bersahur dan selamat berpuasa,” tulisnya lagi.

‘Motif? Rasanya Dah Boleh Stop Dengan Permainan Ni, Nak Buat Makcik Bawang Buat Dosa Banyak?’ – Ude Wahid

IKLAN

Intan dan Ude sah bercerai pada 22 Mac lalu setelah pemuzik bebas tersebut mengakui sudah tiada hati pada isteri pertamanya itu. Pasangan tersebut mempunyai 2 orang anak sepanjang 5 tahun berumah tangga.

November tahun lalu, Izreen mengakui bahawa dia sudah sah bergelar isteri kedua Uda sejak 8 Ogos 2017. Dia sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah, Muhammad Riza Baharuddin pada tahun 2012 dan berpisah 2 tahun kemudian.

IKLAN

‘Motif? Rasanya Dah Boleh Stop Dengan Permainan Ni, Nak Buat Makcik Bawang Buat Dosa Banyak?’ – Ude Wahid

Izreen mempunyai seorang anak lelaki berusia 5 tahun hasil perkahwinan pertamanya.

sumber: IG Ude

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI