Salam takziah buat penyanyi Naqiu Boboy seisi keluarga apabila dimaklumkan abang sulung kepada penyanyi itu, Huzaini Hussein dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat, kira-kira jam 8.30 malam.
Memetik Harian Metro, Allahyarham Huzaini menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Naqiu seperti yang dipetik berkata, arwah yang berusia lewat 40-an terlantar sakit di hospital berkenaan sejak dua bulan lalu dan mereka kali terakhir bertemu pada Syawal dua tahun lalu.
“Dia selalu merantau atas urusan kerja, jadi kami jarang dapat berjumpa. Kali terakhir saya bertemu pun pada hari raya dua tahun lepas.
“Malah, hari ini pun saya tak dapat bersama arwah untuk kali terakhir dan menguruskan pengebumiannya kerana berada di Kulim, Kedah.
Ads
“Insya-Allah saya akan pulang esok (hari ini) dan bergegas ke Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana untuk ziarah pusara arwah abang,” katanya.
Sementara itu, juara program Gegar Vaganza 6 (GV6) ini juga turut mendedahkan arwah merupakan insan terawal yang mengesan bakatnya dalam nyanyian.
“Abang saya dulu bekerja dengan Erra Fazira sebagai penari. Jadi, dia individu pertama yang bawa saya masuk dalam bidang ini.
Ads
“Dia menghantar demo suara saya kepada Erra kerana nampak potensi saya. Saya mohon doa semua agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” pinta Naqiu.
Terdahulu, Erra Fazira yang juga kenalan lama Allahyarham turut memberikan dedikasi terakhir buat arwah.
Bintang berkenaan turut memuat naik beberapa keping foto berkaitan di Instagram, awal semalam.
Pelakon Abby Abadi ada merakamkan momen terindah bersama arwah anak bongsunya, Muhammad Danial Firman Faizal Muhammad Fazial yang telah pun meninggal dunia 30 Disember lalu.
Masih berada di tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah saat menerima perkhabaran tersebut, bintang Gerak Khas itu ada berkongsi rakaman video berserta kapsyen panjang lebar di Instagram.
“Berbahagialah di ‘sana’ sayang. Antara kenangan terindah untuk Mama & Abah di tahun 2019 ini ialah hadirnya Muhammad Danial Firman Faizal b Muhammad Faizal. Mama buat video ni sewaktu di Makkah haritu.
“Selang 2 hari selepas Baby D tinggalkan kami semua, tapi teragak2 nk kongsikan sebab taknak terbawa2 dengan kesedihan yg berpanjangan. Tapi malam ni Mama post juga sebab Mama nk tinggalkan kenangan di sini,” tulis Abby.
Pada masa sama, dia serta suami, Faizal Zakaria turut merindui arwah anak, selain akui masa terdetik rasa sayu dalam hati meski sudah pun reda.
“Mama Abah rindu dia, Muhammad Danial Firman Faizal. Masih sayu rasa hati walaupun sudah redha. Tapi masih terbayang2 wajah Baby D. Buka mata mcm dalam video ni pandang Mama, dengar Mama membebel, mengaji, pegang tangan Mama, tangan Abah. Alahai, comelnya wajahmu anakku.
“Lahir 23minggu (27/9/2019) dalam keadaan dalaman yg belum bersedia, memang Mama & Abah kena terima hakikat kalau apa2 terjadi kata Dr. Memang dari awal kelahiran pun, Baby D bergantung pada bantuan mesin.
“Para Doc di NICU tak bagi apa2 harapan…50/50 kata mereka, Baby D pun beberapa kali kritikal tapi Mama Abah tetap tak berputus asa. Berulang alik ke hospital setiap hari, hantar susu, hantar pampers, belai2 Baby D sambil berangan2 dah nk bawak Baby D balik dah dalam masa terdekat ni.
“Walaupun Mama Abah sudah bersedia dari awal kelahiran Baby Danial dgn apa saja kemungkinan, tapi dalam masa yg sama Mama Abah sentiasa mengharapkan keajaiban dari ALLAH & doa dari semua utk mengubah takdir anak comel Mama ni. Tapi apakah daya, kita merancang dengan cita-cita, tp ALLAH merancang dengan cintaNya.
“Dengan pendarahan di kepala, pendarahan di paru2, jangkitan kuman, komplikasi pada hati. Ya ALLAH.. gundahnya hati kami saban hari hanya ALLAH yang tahu. Dan akhirnya, ALLAH ambil dia utk bermain2 di Taman SyurgaNya.
“Damailah di sana sayang. Mama Abah redha dengan ketentuan ALLAH. Apa yg ALLAH takdirkan… itulah yg terbaik utk kita. Mama Abah yakin dgn janjiNYA. Anak Mama di tempat yg paling baik skrg ni. Dah tiada siapa nak cucuk2, ambil darah, ikat2 tangan dia lagi k.
“Anak Mama berseronoklah di sisiNYA sehingga kita sekeluarga disatukan semula suatu hari nanti, inshaALLAH. Sayang Sangat Baby D Mama LillahiTaala,” jelas Abby sambil memberika kredit.
Selepas lama tidak muncul di media sosial, penampilan terkini adik kepada hos dan usahawan terkenal, Neelofa iaitu Ameera Khan baru-baru ini nyata mengubat rindu ramai.
Difahamkan, Ameera sekeluarga hadir ke sebuah majlis perkahwinan ahli keluarganya baru-baru ini. Lalu, kelibatnya turut dirakam tetamu yang hadir.
Menerusi Instagram peminat Neelofa, beberapa foto sekitar turut dikongsikan buat tatapan ramai.
“Ramai rindu Ameera kan? So, nah belanja gambar yang ada Ameera,” kapsyen yang tertera pada foto yang dimaksudkan.
Lalu menerusi ruangan komen pada entri sama, ada peminat lain yang turut bertanya ke mana usahawan dan bintang media sosial itu ‘hilang’ selama ini selepas bertindak menyahaktifkan akaun media sosialnya, tahun lalu.
Terdahulu menerusi MH, Neelofa pernah memberitahu adiknya itu perlukan ruang untuk membesar sebagaimana para remaja lainnya.
Bintang asal Kelantan itu bagaimanapun memberitahu adiknya itu akan kembali aktif di media sosial tidak lama lagi dan meminta ramai supaya menghormati keputusan adiknya itu.
Ameera sebelum ini turut sinonim sebagai Little Miss Khan menerusi platform media sosial.
Foto: Instagram lofa.world
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Walau bagaimanapun, Instagram tetap menduduki tangga pertama carta dengan 330 juta pengikut, manakala Ariana Grande menduduki tangga ketiga dengan 173 juta pengikut diikuti rapat Dwayne Johnson dengan 170 juta pengikut.
Foto : Instagram Cristiano Ronaldo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...