Bakal terima menantu sulung hari ini, pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah dilihat sibuk menguruskan persiapan terakhir menjelang hari bahagia anak sulungnya, Allisya Tahir bersama lelaki pilihan hati.
Terdahulu, Allisya selamat melangsungkan pertunangan bersama lelaki pilihannya itu, Mac lalu.
Menerusi video yang dimuat naik Shiera yang mesra disapa Kak Rara ini di Instagram, kelihatan ahli keluarga dan sahabat turut sama-sama membantu membuat persiapan kerja kahwin.
“Saya tak kisah. Itu pilihannya untuk tamatkan zaman bujang dan sebagai ibu saya terima, tidak menghalang. InsyaAllah Allisya akan mendirikan rumah tangga pada 11 November, majlis (resepsi) pada 13 November, alhamdulillah.
“Saya sebenarnya tidak kisah dia nak berkawan dengan sesiapa. Asalnya pandai jaga batas dan pada saya bakal menantu pun seorang lelaki yang baik. Begitu juga dengan keluarganya,” katanya kepada MH.
Sheira pada masa sama mengharapkan agar perancangan menjelang hari bahagia anaknya itu dipermudahkan.
“Syukur sebenarnya. Cuma sebelum ini saya tidaklah terlalu berkongsikan mengenai perkara itu di media sosial. Apa pun terima kasih atas doa yang baik-baik daripada semua.
“Setakat ini persiapan masih lagi berjalan, tinggal lagi saya serahkan kepada anak dan bakal menantu untuk menguruskan. Sebagai ibu saya sokong apa yang terbaik,” katanya lagi.
Terdahulu, Allisya yang sebelum ini pernah muncul dengan single berjudul Hey Pria ciptaan Sharon Paul yang menjadi lagu tema drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe di TV3.
Allisya yang berusia 23 tahun, ialah anak hasil perkongsian perkahwinan pertama Shiera dengan vokalis kumpulan legenda, Black Dog Bone, Jatt.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Genap 14 hari melahirkan permata kedua, bekas isteri Dai Farhan iaitu Fatin Nurul Ain Mat Aris kini mendedahkan nama anaknya,Nik Farrel Fahim.
Perkara itu dikongsikan Fatin di Facebook miliknya selepas mengadakan majlis akikah bayi berusia dua minggu itu.
“Nama diberi Nik Farrel Fahim bin Nik Ahmad Farhan😊
“Syukur Alhamdulillah selesai dan sempurna aqiqah anak, sembelihan dua ekor kambing untuk anak lelaki ummi di tanah suci kota Mekah tajaan dr @aqiqahcentredotcom,” tulisnya sambil disertakan kredit kepada mereka yang menjayakan majlis berkenaan.
Terdahulu, Fatin dan Farhan pernah berkahwin dan bercerai dengan talak satu.
Hasil perkongsianhidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fariha, 1 tahun 7 bulan dan Nik Farrel yang dilahirkan pada 5 Januari lalu.
Farhan turut memaklumkan dia telah bernikah dengan Aerin yang berstatus ibu tunggal beranak lapan di Tanah Suci Mekah.
Foto : Facebook Fnama Fatin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan model terkenal Indonesia, Paula Verhoeven hari ini membuat aduan rasmi terhadap panel hakim Mahkamah Agama Jakarta Selatan kepada Komisi Yudisial (KY) di Jakarta Pusat, berhubung dakwaan pelanggaran etika dalam kes penceraian dengan suaminya, pelakon Baim Wong.
Menurut Paula, keputusan mahkamah yang menyatakan beliau berlaku curang dan menyebabkan keruntuhan rumah tangga adalah tidak berasas serta tidak disokong oleh bukti yang dikemukakan semasa prosiding.
“Saya hadir ke Komisi Yudisial untuk melaporkan dugaan pelanggaran kod etika dan pedoman perilaku hakim oleh panel hakim yang mengadili kes perceraian saya,” katanya dalam satu kenyataan kepada media.
Paula, 37, mendakwa panel hakim telah tersilap dalam menilai fakta kes dan tidak mengambil kira bukti-bukti yang dibentangkan dalam mahkamah.
Sambil menahan sebak, beliau menegaskan tidak pernah berlaku curang sepanjang perkahwinannya dengan Baim Wong, malah tiada satu pun bukti yang menunjukkan beliau menjalin hubungan dengan lelaki lain.
“Saya boleh mempertanggungjawabkan semua kata-kata dan perlakuan saya, bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat,” katanya.
Tambahnya, tindakan membuat aduan ini dilakukan demi membersihkan nama baik dan menjaga maruah diri, lebih-lebih lagi untuk masa depan anak-anaknya.
“Saya tidak mahu apabila anak-anak saya dewasa nanti, mereka membaca berita tidak benar mengenai ibunya. Saya berdiri hari ini sebagai seorang ibu yang mempertahankan hak dan martabat dirinya demi anak-anak,” ujarnya.
Imbas kembali, Keputusan perceraian Paula dan Baim telah diumumkan oleh Mahkamah Syariah Jakarta Selatan pada hari Rabu, 16 April 2025.
Dalam keputusan tersebut, Paula Verhoeven didapati telah berlaku curang dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai NS. Ekoran itu, dia dianggap sebagai isteri yang nusyuz sekaligus tidak layak menerima sebarang nafkah selepas bercerai daripada Baim Wong.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid baru-baru ini ada mendedahkan perangai sebenar ibunya itu apabila berada di rumah.
Kongsinya menerusi aplikasi ‘Ask Me A Question’ di Insta Stories, seorang individu bertanya soalan kepadanya perihal sifat Tok Ti di rumah.
Lalu, perkongsian tersebut mendapat perhatian hingga dikongsi pemilik Twitter yang mengguna akaun Jasli Jamil, beberapa hari lalu.
“Tok Ti garang tak kat rumah? Boleh ceritakan tak keperibadian beliau di rumah?, soal netizen.
Lalu, Asyraf yang juga suami kepada usahawan Tya Arifin memberikan respon.
“Tak, Mak iti tak garang. Dia suka ckp lembut2 & baik2 je.. Macam mana kita tengok kat TV, mcm tu lah dia kat rumah
“Kalau nak bonus facts ada lah sikit. 1) bagi mak iti, makan apa pun semua sedap. Kalau tak sedap pun, dia akan ckp sedap.. So sekarang, tak ada siapa tanya mak iti kalau makanan tu sedap atau tak.
“2) Mak iti org yg penyabar & tak marah pun pd org. Paling2 pun dia tegur buat muka serious. Tu pun masa i nakal, maklumlah umur awal2 20an masa tu. Sekarang dah tak pernah kena marah atau tegur dah.
3) Mak it memang suka menyanyi. Twinkle2 little star pun jadi utk dia ad-libs. Selalu kalau jln depan bilik mak iti akan dengar suara wanita menyanyi,” kongsi Asyraf jujur.
Lantas, perkongsian itu telah membuatkan Jasli Jamil memberikan respon terhadap Asyraf.
Perkongsian tersebut juga sehingga kini mendapat lebih 10,000 ulang kicau!
Twitter : Jasli Jamil
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, pengacara dan pelawak senior, Syed Muradzi Syed Shamsul, atau lebih dikenali sebagai Dee, mengakui mengambil masa hampir 19 tahun untuk melepaskan rasa kehilangan...