Uncategorized

“MMA Fighter. Semua Orang Tak Pakai Bajulah Fight.” – Selepas Tombiruo, Zul Ariffin Sekali Lagi Tayang Badan Sado!

Share

Aktor, Zul Ariffin mengakui dia tidak kisah dengan dakwaan sesetengah pihak yang bersepsi bahawa tubuh sasanya itu sepertinya dieksploitasi sekali lagi menerusi sebuah lagi filem aksi terbaru lakonannya, Sangkar.

Filem yang juga dilakonkan pelakon Remy Ishak itu akan mengetengahkan mengenai seni mempertahankan diri campuran atau lebih sinonim dengan panggilan MMA.

Turut sama terlibat di dalam filem tersebut ialah Mira Filzah dan ia dijangka akan ditayangkan tahun hadapan.

Mengakui ada babak yang boleh disifatkan sebagai separuh bogel kerana mendedahkan sebahagian tubuhnya, aktor tersebut bagaimanapun melihat ia merupakan sebagai kostum yang tidak lebih sekadar menjayakan sesebuah watak yang dijayakan.

“Sepanjang Ramadan saya akan berada di set penggambaran filem Sangkar. Malah imej hari ini (berjambang) pun adalah bagi karektor tersebut. Kalau tidak sudah lama saya shave. Rimas. Berjambang hanyau ntuk projek ini saja.

 

“MMA fighter. Semua orang tak pakai bajulah fight. Saya sebelum ni bukan tak nak tayang badan, tapi penat sebab kena training. Saya buat Tombirou sebahagian daripada kostum. Untuk watak ini, rasanya all around the world tak pakai baju,” katanya kepada MH.

Terdahulu, Zul  turut memenangi anugerah Aktor Pilihan pada malam kemuncak Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL2018) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), baru-baru ini.

Foto: Instagram Zul Ariffin

 

 

IKLAN