Uncategorized

Miming Lagu Nama Isteri, Hairul Azreen Dipuji Sweet

Share

Wow, romantik betul MH tengok pasangan favourite ramai ni kan? Apa sahaja dilakukan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha pasti akan menjadi bualan ramai.

Lebih lebih lagi dengan kehadiran putera sulungnya Yusuf Iskandar. Memang seronok melihat perkembangan mereka sekeluarga di Instagram. Kucing mereka si Bujibu pun tidak terlepas dengan gelaran Instafemes!

Terbaru, video yang di muat naik Hairul berjaya membuat netizen pecah perut melihatnya. Amboi kemain lagi menyanyi lagu nama isteri.

Menerusi perkongsian Hairul, ramai yang terhibur dengan memuji persembahan parodi ‘lip sync’ atau parodi gerak bibir Hairul yang penuh penghayatan.

Dalam masa sama, video tersebut turut menunjukkan Hanis dengan wajah yang selamba tidak pedulikan telatah suaminya.

Perkongsian Hairul itu telah menerima lebih daripada 800,000 likes dan beribu komen setakat ia dimuat naik tiga hari yang lalu .

Rata-rata menggangap Hairul manis bak gula. Gituu. Sejujurnya apa yang dilakukan oleh Hairul ini mampu mencairkan hati mana-mana wanita di luar sana.

Sebab tu kami faham mengapa hati Keknis terlampau berbunga-bunga saat ini. Beruntung dapat suami seperti Hairul.

Apapun, #MHBelanjaVideo untuk korang.Enjoy!

IKLAN