Uncategorized

‘Bukan Kerana Wang…’ – Mila Jirin

Share

Awww tersentuh MH Online baca luahan hati Mila Jirin tentang dirinya tidak tersenarai dalam top12 AF Megastar.

Bayangkan apa rasanya apabila seorang juara yang pernah disanjungi tiba-tiba langsung tidak terpilih menjadi salah seorang finalis. Siapa yang tidak sedih kan?

Namun menurutnya di Instagram, walaupun tidak terpilih untuk menyertai pertandingan tersebut, dia tetap memandang perkara ini sebagai sesuatu yang positif.

“Saat diumumkan TIDAK BERJAYA terpilih sebagai top 12 #AFMegastar… I went backstage and told my husband.

“Sayang i tak dapat” (Walaupun my husband dh tau dh pun saja la nak manja manja bagitau lagi)

“And he reply me ” Its Ok Allah lebih tahu rancangan Allah adalah yang TERBAIK,” tulisnya di ruangan kepsyen.

Katanya lagi, niat sebenar dia menerima dan menyertai AF Megastar adalah kerana ingin mengubati kerinduan peminat dan beraksi di atas pentas bukan kerana wang ringgit.

“Saya terima TAWARAN untuk memasuki AF Megastar is not about money! NOT AT ALL… tetapi untuk mengubati kerinduan peminat peminat saya & kerinduan hati sendiri,” jelasnya lagi.

Dalam masa yang sama, Mila turut berkongsi rasa terharu dan berterima kasih pada semua peminat yang sentiasa menjadi tulang belakangnya terutamanya suami dan anak tercinta.

Malah, Mila turut memberitahu pengikutnya yang kini dia sedang berusaha untuk mengubati kerinduan peminatnya dalam menghasilkan single terbarunya bersama beberapa komposer.

Apa pon MH Online doakan semoga impian Mila untuk kembali aktif ke dunia hiburan berjaya seperti apa yang diiginkan.

Dan tak sabar rasanya nak dengar lagu terbaru Mila nanti, mesti meletop habis!

IKLAN