Pelakon Mia Ahmad yang juga isteri kepada penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan menepis tuduhan sering membuat ‘spot check’ ke atas suaminya.

Mia atau nama penuhnya Samihah Ahmad Baderi yang kecewa dengan tuduhan tersebut tampil memberi penjelasan menerusi akaun Twitternya semalam.

Mia memuatnaik entri di Twitter sejurus tuduhan tentang dirinya sedang hangat diperkatakan.

Mia Ahmad Kecewa Dituduh Sering Spot Check Suami

“I have something better to do. Kalau nak spot check saya tak ambik job dan tinggalkan suami saya sendiri di Jb ni.” tulisnya.

Mia Ahmad Kecewa Dituduh Sering Spot Check Suami

Kata Mia lagi , berita yang ditulis oleh penulis blog itu juga sama sekali tidak benar.

IKLAN

Mia juga memuatnaik di instagram menasihati kepada jari jemari yang suka berkongsi benda yang tidak sahih.

“Penulisan yang bukan dari apa yang saya keluarkan dari mulut saya adalah FITNAH. Jaga-jaga wahai tangan yang menulis. #spreadlovenotwarplease, ”

Mia Ahmad Kecewa Dituduh Sering Spot Check Suami

Komen balas Mia Ahmad turut mendapat sokongan daripada para pengikutnya. Mereka menasihati supaya penulis berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan di media kerana boleh menyinggung hati pihak lain.

IKLAN

Sementara itu, suaminya, Izham yang juga akui tidak pasti bagaimana isu tersebut boleh berlaku dan meluahkan rasa terkilan kerana kenyataan mereka berdua telah diputar belit.

Izham juga berkata perihal ini membuatkan dirinya serik atau bimbang ketika bercakap dengan media dan berharap agar perkara ini tidak terulang lagi.

Mereka juga tidak tahu bagaimana artikel itu timbul dan masih menunggu penjelasan dari pihak berkenaan.

IKLAN

Mia Ahmad Kecewa Dituduh Sering Spot Check Suami

Mia Ahmad Kecewa Dituduh Sering Spot Check Suami

 

Sumber : Twitter Mia Ahmad & Izham Tarmizi

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI