Uncategorized

Mia Ahmad Berpantang 20 Hari Selepas Keguguran

Share

Rasanya ramai yang sudah sedia maklum bahawa pelakon cantik, Mia Ahmad telah mengalami keguguran pada awal Disember yang lalu.

Nampaknya rezeki untuk menimang cahaya mata masih lagi belum berpihak kepadanya dan suami selepas kandungannya disahkan gugur.

Sudah menjadi lumrah kaum wanita yang hamil setelah melahirkan bayi akan melalui proses berpantang dan bagi mereka yang mengalami keguguran juga harus melalui proses tersebut.

Mia menerusi Sinar Harian berkata, pada awalnya dia tidak pasti sama ada harus berpantang ataupun tidak kerana ini merupakan pengalaman pertama hamil walaupun sekejap sahaja.

“Tapi bila tanya orang itu orang ini dan tanya mak, semuanya suruh berpantang, jadi saya pun berpantanglah 20 hari seperti yang disarankan.

 

“Cuma saya tak adalah tunjuk beritahu semua orang yang saya ketika itu sedang berpantang,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, menurut sumber Mia tidak mahu berkongsi punca kandungannya mengalami keguguran kerana mungkin tidak mahu terus bersedih.

Semua yang terjadi sudah tersurat dan pasti ada hikmahnya. MH harap Mia dan suami tabah serta redha dengan ketentuan ALLAH SWT ini.

Semoga Mia dan suami dimurahkan rezeki lagi untuk menimang cahaya mata. Kami sentiasa doakan yang terbaik buat Mia.

Sumber: Sinar Harian

IKLAN