Categories: Uncategorized

#MHSpeku: Kongsi Gambar Cincin di Twitter, Nelydia Senrose Nak Kahwin Dah Ke?

Share

Apa kes ni? Kenapa tiba-tiba ramai yang ucap tahniah pada pelakon, Nelydia Senrose ni? Ada apa-apa yang MH tak tahu ke?

Rupa-rupanya, aktres tersebut berkongsi foto tersebut di laman Twitter miliknya memakai cincin dengan kapsyen yang sedang berbahagian gitu.

“Happiest day of my life. Dream do come true,” tulisnya.

Berikutan perkongsian tersebut ramai peminat mengucapkan tahniah dan ’till Jannah’ kepada pelakon tersebut.

Ish.. sesuatu juga ni. Apakah maksud cincin itu? Adakah ia apa yang MH fikirkan?

Dalam pada itu, menerusi pemerhatian MH, Nelydia sedang berada di Keukenhof, Belanda apabila berkongsikan foto tersebut.

Nampak sangat bahawa Nelydia sedang berbahagia sekarang ini, apa-apapun MH nak lah tahu apa maksud sebenar perkongsian cincin tersebut.

Sumber: Twitter Nelydia Senrose

IKLAN