Categories: Uncategorized

#MHSpeku : Hans Isaac Sudah Temui Penganti?

Share

MH ternampak entri terbaru milik aktor kacak, Datuk Hans Isaac bersama seorang wanita cantik. Siapa tu?

Terdahulu, Hans telah mengejutkan ramai orang apabila membuat keputusan untuk membatalkan perkahwinan bersama tunangnya , Gabrielle Robinson.

Malah tindakan mereka berdua memadam gambar masing-masing turut menjadi bualan hangat ketika itu. 

Bagaimanapun semua itu sudah berlalu, reda sahaja isu panas itu, kini, timbul pula gosip mengatakan Hans kini sedang berkawan rapat dengan seseorang model berasal dari Brazil. Betul ke?

Menerusi entri terbaru milik Hans, dia ada mengatakan yang gadis tersebut sebenarnya rakan lamanya. Mereka sudah tidak berjumpa selama lapan tahun dan bertemu semula di Kuala Lumpur.

Malah, wanita tersebut turut mengulang tayang gambar tersebut di Instagram miliknya.

Ruangan komen dihujani pelbagai reaksi daripada peminat Hans yang merasakan wanita cantik ini begitu sesuai sekiranya disatukan dengan aktor itu.

Nampaknya perkongsian ini mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai. Malah, ada juga yang turut ‘bersedih’ dan ada juga yang menggalakkan agar Hans tidak melepaskan peluang yang ada.

Apapun #MHBelanjaGambar wanita yang dikenali sebagai Andressa Galvão yang merupakan seorang model terkenal berasal dari Brazil.

IKLAN