Uncategorized

#MHSpeku: Eh Betul Ke Nabila Huda Mengandung?

Share

Kerana sering berkongsi gambar pegang perut dan kelihatan semakin berisi ramai pengikut Nabila Huda atau lebih dikenali sebagai Abil terjua kononnya pelakon ini sudah berbadan dua!

Semua ini gara-gara sekeping gambar yang dimuat naik oleh suaminya beberapa bulan yang lalu di Instagram dan kelihatan Abil agak berisi dan perutnya kehadapan seperti seorang wanita yang hamil.

Tambah pula kebelakangan ini Abil dikatakan kerap memuat naik gambar kononnya sedang mengandung di sebuah set pengambaran.

Keadaan ini telah membuatkan ramai berspekulasi dan mendoakan agar khabar berita ini merupakan satu khabar yang baik dan benar.

Tetapi adakah benar Abil mengandung atau hanya membawa watak sebagai seorang isteri yang mengandung di dalam sebuah drama terbarunya itu hanya tuan punya badan sahaja yang tahu.

Bagaimanapun sehingga kini Abil dan suaminya sendiri langsung tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan isu ini.

Jika benarlah Abil mengandung, MH ingin ucapkan tahniah dan tumpang gembira dengan khabar ini.

 

IKLAN