Uncategorized

#MHRecap2017: Lelaki Kena Belajar, 4 Sebab Mengapa Fattah Amin Sempurna Di Mata Fazura!

Share

Siapa kata perempuan hanya pandang pada kekayaan seseorang lelaki sahaja? Kadang-kadang perempuan yang kita sangkakan terlalu ‘high maintenance’ ni lah orang paling humble dan senang untuk memikat hatinya.

Ya, mungkin adakalanya mereka agak cerewet memilih pilihan hati, tetapi tidak bermakna mereka perlukan lelaki yang terlalu kaya dan punyai segalanya, cukup sekadar buat mereka rasa stabil dan selesa.

Contoh seperti Fattah dan Fazura, walaupun ramai yang membuat spekulasi Fazura akan berkahwin dengan seorang putera raja atau kerabat, tetapi akhirnya Fazura telah mengejutkan orang ramai dengan membuat keputusan menamatkan zaman bujangnya dengan Fattah yang kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Melalui program Melodi, Fazura berkongsi beberapa sebab mengapa Fattah sempurna di matanya. Buat kaum lelaki, kalau nak pikat seseorang seperti Fazura, ini point yang perlu korang titik beratkan.

1.Jadi seorang lelaki yang paling berani

Fattah telah mengejutkan orang ramai apabila dia sendiri tampil ke pentas dan memberi hadiah kepada Fazura di KLFW, momen itu buatkan Fazura terkejut dengan keberaniannya membuat kejutan seperti itu kerana nampak kesungguhannya.

2.Jadi Seorang yang penyayang dan sayangkan keluarga

Seperti yang kita tahu Fattah memang mempunyai hubungan yang rapat dengan ahli keluarganya terutamanya ibunya. Lihat sahaja bagaimana cara Fattah melayan ibu dan bagaimana pula rapatnya Fazura dengan ibunya.

3.Jadi Seorang lelaki yang baik hati, setia dan beragama

Menurut Fazura, zaman sekarang bukan senang untuk dapatkan lelaki yang baik, setia dan beragama yang boleh membimbing dirinya.

4.Jadi seperti Fattah membahagiakan, melayan & melindungi Fazura

Fazura memberitahu dirinya kini sangat-sangat bahagia, tidak pernah rasa sebahagia ini dan memberitahu sangat melindungi dan membahagikannya seperti seorang seorang permaisuri.

SUMBER: Melodi

IKLAN