Tidak dapat dinafikan industri hiburan sangat dekat dengan masyrakat; baik tempatan mahupun antarabangsa.
Bagi korang yang terlepas mengenai dunia hiburan semalam, jangan risau, MH bariskan recap antara paparan yang menarik!
Berikut adalah TOP 5 berita semasa yang paling best!
1. Ranveer Singh dan Deepika Padukone Sudah Berkahwin!
Pelakon popular Bollywood, Ranveer dan Deepika selamat berkahwin pada 14 November di sebuah majlis eksklusif dan tertutup di Lake Como, Italy.
Kedua-dua mereka popular menerusi filem Bajirao Mastan akan mengadakan majlis resepsi pertama pada 21 November depan, khas buat keluarga dan 28 November pula, khusus untuk rakan-rakan artis dan media.
2. Kejutan TokTi Buat Fans Bertuah!
Ads
Seorang peminat tegar Tokti, Sofina telah membuatkan dirinya bagaikan dalam mimpi apabila dia teruja kehadiran penyanyi nombor satu negara itu mengetuk pintu rumahnya.
Hal itu berikutan kerana Sofina merupakan antara pengguna bertuah produk kecantikan TokTi.
3. Nadia Nasimnudin Selamat Timang Anak Ketiga, Cantik Namanya…
Ads
Tahniah buat Usahawan dan anak kepada pemilik Naza Group of Malaysia, Tan Sri SM Nasimuddin iaitu Nadia Nasimuddin telah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya.
Memilih nama Taraa Camila, bayi comel itu kini berada dalam keadaan sihat dan baik.
4. Zarina Anjolie Bengang Individu Ejek Anaknya
Ads
Ibu mana yang tidak bengang apabila ada individu yang mengejek dan merendah-rendahkan anaknya.
Itulah yang dialami Zarina apabila seorang pengguna Instagram telah meninggalkan komen serta ‘tag’ namanya berikutan posting yang dimuat naik DS Aliff Syukri mengenai perkembangan anak angkatnya, Qayyum Aliffshah yang mempunyai masalah lewat bercakap.
5. Joe Flizzow Throwback Momen Menang Di AJL29
Rapper terkenal, Jor Flizzow meluahkan rasa bangganya apabila dia muncul sebagai juara dalam Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) menyanyikan lagu Apa Khabar (duet SonaOne).
Memegang tittle Penyanyi Terbaik Asia Tenggara EMA 2018. Joe turut memuji kehebatan Datuk Ramli MS sebagai seorang yang profesional dalam bidang muzik.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahukah korang bahawa ada beberapa selebriti antarabangsa pernah ‘kantoi’ apabila ‘sex-tapes’ mereka diketahui umum?
Ada juga yang tidak bernasib baik apabila video tersebut turut tersebar publik. Nyata perkara itu sangatlah memalukan!
Oleh itu, MH ingin berkongsi 5 selebriti yang pernah terjerat dengan momen memalukan ini apabila pita video dewasa mereka diketahui umum. Agaknya, mana satu yang paling korang tak sangka?
1. Paris Hilton
Pewaris hotel Hilton ini pernah terkantoi apabila video berjudul bertajuk One Night in Paris itu tersebar pada tahun 2004 lalu. Masa itu pun, dia memang terkenal dengan sikap liarnya itu. Terbaru, Hilton baru saja putus tunang dengan tunangnya.
2. Kim Kardashian
Video tersebut dirakam pada tahun 2003 bersama Ray J. Kim mengatakan bahawa dia sedang berada di pengaruh dadah ketika melakukan video tersebut namun kenyataan itu disangkal oleh ‘partnernya’.
3. Pamela Anderson
Kalau ikutkan, video tersebut hanyalah untuk simpanan peribadi Pamela dan suaminya, Tommy Lee namun entah bagaimana ia boleh kantoi kepada umum pula.
4. Jeniffer Lopez
Menurut suami pertama J-Lo Ojani Noa, mereka ada membuat ‘sex-tapes’ semasa bulan madu mereka namun beberapa saman menghalang video tersebut terlepas kepada umum. So lucky lah!
5. Kris Jenner
Oh my! Nampaknya, Kris Jenner juga dikatakan mempunyai ‘sex-tapes’ semasa dia masih muda. Like mother like daughter eh?
Sumber: MTV & Hollywood Gossip
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ketika ini, pelakon, Nelydia Senrose sedang menikmati percutian sambil bekerjanya di Dubai, UAE.
Kalau semalam kecoh netizen mengatakan mengenai aksinya yang gayat saat melakukan sesi penggambaran di kemuncak bagunan tinggi, kali ini Nelydia ini dikritik gara-gara mengisi masa dengan ikan lumba-lumba.
Perkongsian Uqasha itu bagaimanapun telah dikecam netizen kerana menyifatkan pelakon tersebut seperti menyokong aktiviti penderaan terhadap binatang.
Memberi reaksi terhadap tuduhan tersebut, Uqasha tampil memberikan penjelasan. Katanya, ikan lumba-lumba di sini dilayan begitu baik dan berbeza dengan dakwaan yang dilemparkan segelintir pihak.
“Get your fact right first okay and do some research. Kat sini jaga lebih baik dari anak.
“Not here. They’re free here. Please tengok atlantis dolphin bay. They’re not like the rest,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan respon pelbagai terhadap respon Uqasha itu.
Sebelum ini, pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa turut pernah dikecam gara-gara isu sama.
Foto: Instagram Nelydia Senrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, pengarah muzik, Datuk Ramli MS ada memuat naik sepotong video lucu yang memaparkan telatah hos, Nabil Ahmad dan Jihan Musa mengucapkan selamat hari lahir kepadanya.
Video lucu tersebut telah mendapat perhatian ramai termasuklah isterinya sendiri, Datin Alyah.
Bagaimanapun, di ruangan komen, Alyah dilihat seakan-akan meluahkan rasa kecewa terhadap suaminya itu gara-gara keengganannya menyambut majlis hari lahir bersama di rumah.
“Macam ni lah yang dia suka. Sambutan birthday macam ni lah yang dia nak. Kalau kita buat bacakan Quran dekat rumah dia panas duduk sekejap dah keluar main snooker,” tulisnya.
Jika diambil menerusi apa yang ditulis penyanyi itu, dia seakan-akan kecewa kerana sambutan hari lahir sebegitu yang suaminya mahukan.
Malah, Tok Ram didakwa lebih gemar keluar rumah dan seterusnya pergi bermain snooker.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi yang pelbagai terhadap kenyataan Alyah itu.
Ada yang bersimpati dan ada juga yang tidak bersetuju kerana menyifatkan penyanyi tersebut seperti membuka aib suaminya.
Bagi MH, mungkin ada berlaku salah faham diantara pasangan ini. Apa-apa pun, MH doakan semoga perkara ini tidak dibiarkan berpanjangan dan dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
Foto: Instagram Datuk Ramli MS
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...