Uncategorized

#MHBreakfirt: 4 Update Hiburan Kena Baca Pagi Ini

Share

1. Memey Suhaiza Tak Kisah Berat Badan Naik, Itu Tanda Baby Membesar Dengan Baik

Pasti ramai yang sudah sedia maklum bahawa pelakon dan juga isteri kepada pelakon kacak, Norman Hakim iaitu Memey Suhaiza kini sedang hamil.

Menurut Memey menerusi akaun Instagramnya, dia tidak kisah sekiranya berat badan bertambah ketika sedang hamil kerana baginya itu merupakan tanda bahawa bayi di dalam kandungan membesar dengan sihat.

2. Siti Saerah Kini Sah Bergelar Isteri

Adik kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Seri Nurhaliza iaitu Siti Saerah kini sah bergelar isteri kepada pengurusnya, Mohd Sharidan Johari pada pagi Sabtu yang lalu.

Hanya dengan sekali lafaz pasangan ini telah sah bergelar suami dan isteri. Saaerah dan suaminya telah disatukan di Pusat Antarabangsa Cornerstone, Kuala Lumpur.

MH doakan agar masjid yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.

 

3. Que Haidar Takkan Marah Netizen Untuk Hargai Bakat Dan Puji Lakonannya.

Sebut sahaja nama Que Haidar, pasti ramai yang kenal dengan pelakon hebat ini.

Terbaru menerusi satu tweetnya di alaun Twitter, Que berkata dia tidak akan marah sekiranya netizen tidak menghargai bakat dan memuji lakonannya kerana bagi dirinya, dia yang memilih untuk berada di arena seni ini.

4. Amira Othman Tertanya-tanya Siapa Peminat Misteri Yang Sering Beri Jambangan Bunga

Bagi setiap yang bergelar selebriti pastinya sering menerima hadiah daripada peminat tanda mereka meluahkan rasa sayang terhadap artis pujaan mereka.

Penyanyi cantik, Amira Othman menerusi sumber Berita Harian memberitahu bahawa dia sering menerima jambangan bunga yang tidak mempunyai nama pengirim.

Pada awalnya, dia menganggap hadiah itu adalah pemberian biasa namun lama kelamaan dia berasa pelik dan tertanya-tanya siapakah gerangan peminat misteri yang sering menghantar jambangan bunga tersebut.

Namun begitu Amira berkata, dia tidak pasti sama ada setipa jambangan bunga itu datang daripada individu yang sama atau individu yang berbeza.

IKLAN