Uncategorized

#MHBreakfirst: Two is better than one

Share

1. Anniversary Ke-2 Shukri Yahaya Kongsi Momen Lucu Sewaktu Akad Nikah!

Pejam celik-pejam celik nampaknya usia perkahwinan Shukri Yahaya bersama pasangannya Tya Adnan telah mencecah tahun ke-2.

Walaupun pernah terpalit dengan kontroversi skandal yang melibatkan perbualan bersama seorang gadis di Wechat, namun Shukri tidak terus melatah dan berjaya memadam marak spekulasi yang timbul dengan cara paling tenang.

Menerusi salah satu posting di Instagram, Shukri atau lebih mesra dikenali sebagai Shuk ada berkongsi sebuah video perkahwinannya bersama Tya.

Namun apa yang mencuri perhatian, Syukri turut kongsi momen paling melucukan terjadi sewaktu majlis akad nikahnya.

Dalam masa yang sama, Shukri tidak melepaskan peluang mengucapkan terima kasih pada isteri tercinta.

2.Daiyan Bercinta dengan Hafeez Mikail?

Amboi, kalau hari itu kecoh tentang hubungan Nabila Razali dan Aedy Ashraf, kini nama Daiyan Trisha dan Hafeez Mikail pula dikaitkan bersama.

Semua ini gara-gara kekerapan kedua mereka berkongsi gambar bersama di media sosial.

Namun baru-baru ini Hafeez ada memuat naik gambar mereka bersama dengan menggunakan hashtag “#Buskerthemovie” jadi adakah gambar-gambar itu hanya sekadar ‘teaser’ buat mereka berdua mempromosikan filem tersebut atau adakah mereka berdua benar-benar bercinta terus menjadi tanda tanya.

Namun menerusi sebuah portal mereka dikatakan hanya sekadar teman biasa. Boleh percaya ke ni?

3.Bella Mahu Fokus Pada Keluarga

Semua pasti sudah sedia maklum baru-baru ini Alif Aziz ada memuat satu status yang menyelar kenyataan Nur Adidah Nasir kononnya sudah berbaik dengan isterinya.

Namun melalui sebuah portal hiburan, Bella memberitahu sebenarnya dia langsung tidak tahu apa yang terjadi.

Malah dia menambah, langsung tidak tahu apakah punca yang berlaku sehinggakan suaminya itu bertidak seperti itu.

Menurutnya lagi, dia engan bertanya kerana tidak mahu memanjangkan cerita dan ingin fokus pada urusan keluarga mereka.

4.Nabila Razali Kongsi Rahsia Tentang Aedy…

Spekulasi perhubungan antara Nabila Razali dan Aedy Ashraf tidak terhenti begitu sahaja.

Baru-baru ini MH ada terbaca di sebuah portal Nabila memberitahu dia sungguh tertarik dengan senyuman Aedy, cara dia membawa diri, seorang yang bercakap lemah lembut dan boleh diketegorikan sebagai seorang lelaki budiman.

Namun begitu sehingga kini masih tiada siapa yang berani kehadapan untuk mengaku status perhubungan mereka.

Malah, Nabila turut menutup komen di setiap gambar mereka kerana tidak mahu beri apa-apa kenyataan tengang hubungan mereka buat masa ini.

Apapun MH doakan yang terbaik buat mereka berdua.

 

IKLAN