Uncategorized

#MHBreakfirst : Beberapa Selebriti Luah Rasa Sedih & Beri Sokongan Pada Filem Jibam Semalam!

Share

Nampaknya kes penarikan semula cerita #Jibam di pawagam kerana dikatakan kurang mendapat sambutan menjadi perbualan hangat di Twitter.

Bukan sahaja netizen, malah ramai juga selebriti turut memberi respon terhadap isu ini.

Kebanyakan mereka melahirkan rasa kesal dan sedih dengan sambutan filem adaptasi daripada novel lagenda kartunis Ujang atau Ibrahim Anon yang pernah popular sekitar tahun 80 dan 90an.

Sungguhpun begitu, kebanyakan selebriti juga turut tidak lupa untuk memberi sokongan dan galakan agar orang ramai turut menonton filem ini malam tadi.

Ini adalah antara selebriti yang bersuara dan terus menyokong filem Jibam.

 

IKLAN