Categories: Uncategorized

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Yang Mungkin Korang Terlepas Pandang Semalam!

Share

1. Wanita Ditangkap Cuba Siar Filem Pengabdi Setan Live Di FB

Seorang wanita telah ditangkap kerana cuba untuk menyiarkan filem seram, Pengabdi Setan secara live menerusi Facebook (FB).

Berita ini dikongsikan sendiri oleh salah seorang pelakon utama filem ini, Bront Palare menerusi akaun Twitternya.

2. Fathia Latif Diselar Exco Puteri Umno, Dira Abu Zahar

Sejak kebelakangan ini pelakon wanita, Fathia Latiff dilihat begitu berani untuk bersuara berkenaan hak rakyat.

Exco Puteri Umno, Dira Abu Zahar dari Tangga Batu, Melaka menyelar tindakan Fathia pada Perhimpunan Agong Umno semalam.

Katanya, jika benar Fathia ingin bercakap mengenai perjuangan rakyat janban hanya bercakap melalui telefon pintar sahaja. Malah Dira juga turut menasihati pelakon tersebut supaya tidak mencampuri urusan kerajaan dan fokus kepada kerjayanya sahaja.

Sumber: Mstar Online

 

3. Wany Hasrita Tampil Beri Penjelasan IsuFan Club Dikatakan Biadap

Kecoh di media sosial tentang fan club kepada penyanyi, Wany Hasrita yang dikatakan biadap terhadap seorang peniaga kelengkapan party.

Hal ini mula kecoh setelah peniaga tersebut memuat naik satu perbualan daripada seorang individu yang kononnya merupakan ahli fan club Wany.

Wany memaklumkan bahawa setelah disiasat, individu tersebut bukan ahli fan clubnya kerana nama individu tersebut tiada di dalam senarai ahli.

Baca selanjutnya: Wanynizers Biadap? Ini Penjelasan Wany Hasrita Atas Apa Yang Telah Terjadi!

4. Janna Nick Beri Teguran Tentang Etika Kerja Pada Pekerja Butik

Pelakon wanita popular, Janna Nick telah menegur pekerja butik menerusi Insta Stories miliknya kerana dia berasa kurang selesa dengan tindakan individu tersebut yang melaung-laungkam namanya ketika dia di dalam bilik persalinan.

Janna berkata, dia merasa tindakan pekerja tersebut kurang manis dan melanggar etika bekerja.

Baca selanjutnya: Janna Nick Tegur Sikap Pekerja Butik Melaungkan Namanya Di Bilik Persalinan

IKLAN